Header II

Header ADS

Maszlee atau Amin berbohong?


PAS yakin salah seorang daripada Menteri Pendidikan atau Ketua Pengarah Pelajaran berbohong, apabila mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung cadangan penutupan 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Sebelum ini, akhbar Berita Harian melaporkan 21 dari 27 IPG di seluruh negara dicadang ditutup secara berperingkat mulai tahun depan, yang disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Serentak itu, difahamkan tahun ini adalah tahun terakhir pengambilan penuntut oleh 21 IPG terbabit, yang mana hanya enam kampus IPG dikatakan akan terus beroperasi.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan laporan media berkenaan adalah tidak benar dan tidak tepat sama sekali.

Maszlee berkata, cadangan penutupan IPG sama sekali tidak berkait dan langsung tidak merujuk kepada dasar kerajaan pada masa ini.

“Kita meminta kepada pihak yang mengeluarkan berita tersebut supaya merujuk kepada kita dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak benar sama sekali,” katanya.

Mengulas perkara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, perkara ini amat mudah untuk diselesaikan kerana isunya hanyalah benar atau tidak penutupan IPG ini dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan – kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pelajaran.

“Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini menyatakan adalah tidak munasabah perkara seperti penutupan 21 Institut Pendidikan Guru ini dibincangkan ketika Kementerian Pendidikan sedang berusaha melaksanakan penambahbaikan dalam latihan perguruan.

“Sebelumnya pula, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, dilaporkan oleh akhbar Berita Harian sebagai mengesahkan bahawa cadangan penutupan beberapa Institut Pendidikan Guru memang ada dibincangkan pada peringkat Kementerian Pendidikan.

“Apabila wujud dua kenyataan yang bertentangan antara satu sama lain maka pastilah salah seorang daripada mereka bercakap bohong kerana tidak munasabah untuk kedua-dua kenyataan yang saling bercanggah adalah benar kedua-duanya, jadi siapakah yang berbohong?” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Kamaruzaman yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menegaskan, institusi perguruan adalah institusi yang sangat penting kerana ia membabitkan pendidikan masa depan pewaris negara pada masa depan.

“Maka sewajarnya, perkara yang sangat penting ini diuruskan secara profesional,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Aku yakin maszlee yg berbohong. Sebab dia memang kaki pembohong. LihAt saja janji dia masa pru lepas.

    BalasPadam
  2. Segala keputusan penutupan IPG telah dibincangkan & ditetapkan oleh pihak kerajaan terdahulu... Sayang sekali admin sangat bias... Segala kesalahan yang terdahulu diletak atas bahu kerajaan sekarang... Jenuh la... Mohon admin cari dulu berita berkenaan penutupan ini dan kami para guru telah membantahnya dari dahulu lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg Bn tutup. Jd ph buka jelah smula. Apsal nk teruskan dasar bn. Ph dh ada kuasa kan...

      Padam
  3. Kejap...
    Tuan TANPA NAMA kata penutupan IPG "telah dibincangkan dan ditetapkan"
    maksudnya dah MUKTAMAD nak tutup oleh kerajaan BN.

    Tapi sekarang ni lain pulak.
    "akhbar Berita Harian melaporkan 21 dari 27 IPG di seluruh negara DICADANG ditutup secara berperingkat mulai tahun depan"

    Yang mana satu ni..?
    MUKTAMAD atau CADANGAN..?

    lepastu dating pulak cerita lawak..
    "Datuk Dr Amin Senin, dilaporkan oleh akhbar Berita Harian sebagai mengesahkan bahawa cadangan penutupan beberapa Institut Pendidikan Guru memang ada dibincangkan pada peringkat Kementerian Pendidikan."

    pendek cerita zaman BN tak buat betul2 pun lagi..(TUTUP)
    tapi PAKATAN pun dah meeting benda sama dan mula dari cadang/tetapkan/laksanakan.

    Kenapa pulak admin bias..?
    Kan betul PAKATAN HARAPAN yang nak buat sekarang.

    Lain lah kalau tajuk berita ni
    KERAJAAN TIDAK AKAN MELAKSANAKAN PENUTUPAN IPG YANG DITETAPKAN KERAJAAN TERDAHULU.

    *betul ke cikgu ni..?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.