Header Ads

ads header

Flash News

Bagaimana membuat komen pada artikel di MindaRakyat?


Sesuatu artikel akan menjadi lebih meriah dan 'bertenaga' jika ada ramai yang membuat komen terhadap apa yang diutarakan oleh penulis artikel berkenaan. Biasanya seorang penulis akan beriya-iya untuk menunggu komen pada setiap penulisannya.

Kami ada menerima penyataan daripada penulis mereka seronok jika tulisan mereka itu dikomen. Tak kisah komen itu merupakan kritikan pedas.

Oleh itu di MindaRakyat, kami sediakan 3 bentuk komen yang boleh anda buat pada setiap artikel tanpa sebarang sekatan dan setiap komen tersebut terus dipaparkan tanpa sebarang penapisan.

Ada boleh menggunakan Facebook, Blogger (asal) atau Disqus.

1. Komen melalui facebook


Kami menjadikan komen melalui facebook sebagai default. Jika ada buka melalui PC/Notebook atau tablet anda akan dapati paparan komen akan berada pada facebook seperti paparan di atas.

Keputusan menjadikan default facebook memandangkan ramai pengguna facebook lebih selesa membuat komen terus daripada facebooknya dan anda boleh paparan pada facebook anda dengan membuat tip pada kekotak yang menyatakan komen tersebut akan dipaparkan difacebook anda.


Untuk penggunaan telefon/smartphone paparan default adalah komen melalui blogger. Anda kena tukar dahulu kepada paparan web seperti di atas barulah anda boleh komen melalui facebook dengan syarat anda daftar dahulu pada browser yang anda gunakan.

2. Komen melalui blogger



Anda klik pada "blogger" dan anda boleh komen walaupun tidak menggunakan akaun google. Sebaik-baiknya komen menggunakan akaun google anda kerana ini menunjukkan sikap bertanggungjawab atas apa yang kita perkatakan. Tapi kami membuka untuk pembaca membuat komen dengan menggunakan "anonymous" (tanpa nama) kerana kami tahu ada yang perlukan 'privasi'.

Komen anda juga tidak ditapis oleh kami kerana kami mengamalkan sikap keterbukaan. Ya setiap komen terus akan terpapar. Oleh itu anda bertanggungjawab dengan komen yang diberikan.

Komen sebaik-baiknya tidak menyakiti mana-mana pihak. Bukan fitnah atau caci maki. Buanglah budaya tersebut dan bina "budaya politik matang dan sejahtera"

Walau bagaimanapun kami akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang membuat komen tidak menepati 'hak kemanusian' dan amaran keras kepada yang menggunakan ruang komen ini untuk iklan apa sahaja yang tak berkaitan. Kami akan anggap itu adalah "spam".



Jika anda telah membuat komen dan anda berubah fikiran nak padamkan semula komen anda tersebut. Anda boleh padamkan komen anda dan paparan seperti di atas tercatat iaitu "Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang". Itu bukan kami yang alih keluar tetapi oleh tuan punya komen. Jika kami yang padam terus tak ada dalam list.

3. Komen melalui "Disqus"


Pembaca ada pilihan ketiga iaitu dengan membuat komen melalui Disqus. Ini mungkin baru bagi sesetengah pihak. Anda boleh klik perkataan "MindaRakyat" untuk paparan web Disqus yang kami daftar sebagai MindaRakyat Disqus seperti di bawah.


Sebelum pembaca membuat komen melalui Disqus, anda perlu daftar dahulu dengan pihak Disqus secara terus dengan Disqus atau menggunakan akaun tersedia anda seperti facebook,  twitter atau Google Plus. Lihat seperti di bawah



Misanya anda mendaftar menggunakan akaun facebook anda. Paparan pengesahan sepesrti di bawah akan terpapar.


 Tips kedua-dua kekotak "i agree" dan anda boleh membuat komen bebas di MindaRakyat. Paparan komen terkini akan dipaparkan pada "HomePage" MindaRakyat.


Kami rasa dengan 3 cara komen ini pembaca akan selesa dengan blog MindaRakyat dan komen anda mungkin memberikan suatu kepada penulis artikel dalam blog ini bagi mereka meningkatkan cara gaya penulisan serta idea yang dikemukan.

Rasanya FAQ ini membantu pembaca.
Terima kasih



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

6 ulasan:

  1. Terbaik.. Semoga ada manfaat utk kita semua.. Aamiin..

    BalasPadam
  2. Saya pun seorang blogger dah harap ramai yang lawat blog saya dan bagi komen. Kalau anda komen di blog saya, saya berjanji akan komen di blog anda. Fair kan? Tak percaya boleh cuba. Tapi komen biarlah ada kualiti, jangan tulis tiga perkataan dan pos, sure tiada siapa yang akan approve.

    BalasPadam
  3. Satu dasar yang bagus dan disukai oleh blogger yang educated dan profesional...Tahniah.

    BalasPadam