Saya difahamkan, untuk senario terkini, pemimpin dan strategis BN sendiri mengakui, jumlah kerusi Parlimen yang "selesa untuk dipertahankan" tidak melebihi 95, satu kedudukan yang cukup kritikal, dibandingkan penguasaan 137 kerusi dalam pilihan raya 2008. Jumlah 95 kerusi itu juga kurang 17 kerusi daripada majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan.Semua petunjuk, sama ada "kiraan di atas kertas" dan juga situasi di lapangan, memberi isyarat jelas bahawa hayat Umno-BN sebagai penguasa sejak merdeka -- satu rekod yang sukar digugat parti-parti pemerintah lain sezaman dengannya -- akan berakhir dengan pembubaran Parlimen penggal ke-12. "Sebab itu, Najib kerap menangguhkan pembubaran Parlimen, bagi memanjangkan sisa-sisa usia regim pemerintahannya," bisik bekas editor sebuah mingguan politik kepada saya.
Sekurang-kurangnya itulah reaksi yang saya terima daripada ramai pemerhati politik termasuk penganalisi bebas. Seperti lazimnya, saya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan agar jangan terlalu yakin. Usah pandang remeh kemampuan (dan kesanggupan melakukan apa sahaja) elit penguasa untuk mempertahankan takhta.
Pengundi Melayu yang menjadi sandaran utama Umno-BN, dengan serangan bertubi-tubi media dan perang saraf yang cukup hebat, bagi menimbulkan kecelaruan dan keraguan terhadap keupayaan Pakatan menjaga kepentingan bangsa, masih dianggap kelompok penentu dalam PRU13.
Kerusi-kerusi majoriti pengundi Melayu, menjadi tumpuan dan perhatian istimewa. Kebetulan PAS, secara tradisi diberi kepercayaan oleh Pakatan Rakyat dan juga sekutunya, seperti Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif, sebelum ini, untuk menyaingi calon-calon Umno di kawasan tersebut. Perkampungan tradisi dan penempatan Felda bakal menyaksikan apakah slogan "PAS Ganti Umno" diterima majoriti orang Melayu.
"Fasa akhir persediaan pilihan raya BN, isu-isu agama akan jadi senjata utama Umno, termasuk bantuan besar-besaran kepada sekolah pondok. Tengok saja kenyataan Nurul Izzah dimainkan. Ketika mana Umno jadi konservatif, PAS pula yang menjadi progresif," ujar seorang rakan, pensyarah media.
Secara keseluruhannya, biarpun prestasi 2008, dari segi jumlah kerusi Parlimen, telah meletakkan PAS pada kedudukan ketiga berbanding KeADILan dan DAP, ia tetap menjadi sandaran terpenting bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia yang cukup mendambakan perubahan.Saya tertarik dengan pandangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, andaikata Pakatan Rakyat memenangi semua kerusi Parlimen yang mempunyai lebih 30 peratus pengundi Cina, ia hanya akan membentuk 40 peratus daripada keseluruhan kerusi, iaitu tidak cukup untuk mencapai bilangan majoriti.
Daripada 222 kerusi, hanya 34 mempunyai komposisi pengundi Cina sebagai majoriti. Sejumlah 55 kerusi lagi masyarakat Tionghua membentuk 30-50 peratus bilangan pengundi, dan bagi Kit Siang, walaupun Pakatan mampu memperolehi 80 peratus undi Cina di kerusi berkenaan, untuk menang, ia masih memerlukan di antara 35-40 peratus sokongan komuniti lain. Umumnya, 89 kerusi (40 peratus) mempunyai pengundi Cina di atas 30 peratus.
Ia juga sebagai nota atau peringatan penting kepada mereka yang begitu obses dengan trend mengundi masyarakat Cina dan meletakkan harapan terlalu tinggi kepada kerusi-kerusi yang mana jumlah pengundi Tionghua melebihi 30 peratus.
Lagipun, parti yang tidak mendapat sokongan menyeluruh semua kaum, bukan sahaja sukar menang, malah kalaupun berjaya (dengan kelebihan kerusi yang kecil), ia mungkin mudah "diganggu kestabilannya".
Nah, jelas sekali, fungsi dan peranan PAS yang begitu penting tetapi kritikal itu, dengan segala kompleksiti cabarannya, harus diperincikan oleh perwakilan dalam muktamar nanti. Dalam masa sama, isu-isu sampingan dan picisan, yang cuba dipancing oleh propagandis Umno, tidak sepatutnya menghanguskan masa berharga pembahas. Provokasi media talibarut Umno, yang secara tiba-tiba dilihat sarat dengan nada simpati dengan perjuangan Islam, tidak perlu dilayan.
Tanpa meminggirkan kepentingan mengolah dan menggarap "isu-isu sensitif Melayu" dengan penuh hikmah dan bijaksana, serta memandang serius dakyah-fitnah Umno, yang bertujuan membakar sentimen perkauman, saya yakin PAS sudah cukup dewasa dan matang berdepan perangkap seteru politiknya itu. Masakan dalam kesempatan di muktamar yang penuh bermakna dan strategik itu, perwakilan dapat dipengaruhi jarum-jarum halus sehingga "bersilat lidah sesama sendiri".
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, hatta ketika parti berdepan "sedikit kocakan dalaman", saya perhatikan muktamar tetap berjalan secara teratur dan penuh adab. Ada kalanya timbul perdebatan agak panas, namun apabila kepemimpinan parti, terutama Presiden, membuat ucapan penggulungan dan memberikan respons terhadap persoalan yang dibangkitkan, ia diterima baik para perwakilan dan ahli-ahli PAS seluruhnya.
"Fokus perbincangan mesti ditumpu kepada strategi PAS untuk menang dalam PRU13 dan persiapan parti bersama Pakatan untuk mengisi kemenangan," tegas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali. Katanya, perbincangan secara serius bagi mengisi kemenangan, bukanlah terlalu awal bagi PAS dan Pakatan kerana kepada BN, PRU13 merupakan pilihan raya yang akan menentukan hidup mati parti itu sendiri. Ini bermakna muktamar kali ini bukan lagi sekadar membincangkan strategi untuk mencapai kemenangan.
Dalam nada sedikit berbeda, tetapi dengan penekanan sama kepada perwakilan muktamar, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam interbiu khas bersama Harakah, 13 Nov lalu, mengingatkan: "Kita tidak boleh menganggap mudah untuk ke Putrajaya kerana untuk ke Putrajaya bukan sahaja dengan slogan atau semangat yang berkobar-kobar pada zahirnya. Tetapi, mestilah dengan kegigihan jihad, pengorbanan dan keikhlasan kita dalam menjalankan kerja yang baik dan strategi yang baik. Ini sangat penting, sebab itu saya tidak mahu ahli-ahli PAS ini berdegar sahaja, bercakap sahaja atau berslogan sahaja."
II. Malang berganda keluarga Cikgu Bakar, Ustaz Nazri
Agak lama tidak mendengar khabar lebih sepuluh keluarga tahanan ISA di Tawau selepas mengunjungi mereka 25 April lalu, sehinggalah SMS Syukri Razab, Penyelaras Suaram, yang juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI), mengejutkan saya.
Dalam tempoh sebulan ini, saya lebih tertumpu untuk mencari dana bagi membantu keluarga besar bekas tahanan ISA di Sandakan. Selepas suaminya dibebaskan dari Kamunting empat tahun lalu, Norhatta dan tujuh anaknya masih perlu perhatian, apatah lagi mereka kembali terpisah apabila Jamal dipenjarakan di Filipina.Alhamdulilah, sumbangan Harakah dapat membawa mereka menemui orang tersayang di Manila. Isteri dan anak-anak Jamal dijangka pulang ke Sandakan hujung November ini.
Sebenarnya Syukri ingin memaklumkan kepada saya, tahanan ISA, Bakar Baba, masih dikurung di Kemta, telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai guru di Sekolah Menengan Kebangsaan Umas-Umas, Tawau, berkuatkuasa 2 Mei lalu.
Ekoran itu, keluarga Cikgu Bakar hilang sumber pendapatan. Lebih parah apabila pinjaman rumah yang didiami keluarga berkenaan sudah tertunggak memasuki bulan kelima, dengan bayaran bulanan RM598. Seramai lima anaknya masih bersekolah. Isterinya, Zoharna Abd Razak tidak bekerja.
Saya segera menghubungi Yang Dipertua PAS Tawau, Muhamad Husain. Sebulan lalu, ketika mengunjungi Pejabat Harakah sebulan lalu, bersama Mohd Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah dan Setiausaha Perhubungan, Ustaz Awang Laiman Ikin, beliau sempat memberitahu saya, dua tahanan ISA dibuang kerja.
Mungkin disebabkan perbincangan kami lebih tertumpu isu lain -- sekitar perkembangan terbaru politik Sabah selepas penyertaan beberapa ahli Parlimen dan pemimpin kanan BN Negeri bersama Pakatan Rakyat -- saya teralpa untuk bertanyakan lebih lanjut hal ISA.
Muhamad Husain kemudiannya berjanji cuba menghantar salinan surat tindakan tatatertib itu melalui faksimili. Bagaimanapun, pagi 13 Nov lalu, dalam perjalanan dari Nilai ke Kedah, dan seterusnya ke Kelantan bagi mengikuti muktamar PAS, beliau menelefon saya, untuk bertemu di Harakah, bagi menyerahkan surat berkenaan.
Sepintas lalu, melalui surat Dato' Dr Rosli Mohamed, Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, saya tertarik dengan halaman kedua, yang memutuskan bahawa Cikgu Bakar, 36 tahun, yang ditahan ISA, sejak 14 November 2011 "telah melanggar Peraturan 4(1) Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di mana seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberi taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan".
Cikgu Bakar didapati bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja berkuatkuasa serta-merta pada 2 Mei 2012.
Rupanya, seorang lagi mangsa ISA, Ustaz Mohd Nazri Dollah, 37, yang ditahan kali kedua pada 6 Januari 2012 turut dikenakan tindakan tatatertib. Guru agama Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan, Tawau ini, melalui mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pada 12 Jun 2012, telah dikenakan perintah gantung kerja berkuatkuasa mulai tarikh ditangkap "tanpa dibayar sebarang emolumen dalam tempoh penggantungan kerja itu".
Saya terus menghubungi isteri Ustaz Nazri, Normahal @ Zainab. Beliau yang juga mempunyai lima anak memberitahu, tiada makluman rasmi penggantungan kerja suaminya sehinggalah didapati gaji Ustaz Nazri tidak dibayar seperti biasa pada bulan Julai melalui akaun bank.
Pengetua sekolah hanya menyerahkan surat gantung kerja itu selepas Zainab berjumpanya untuk mendapat jawapan. Sudah pasti Ustaz Nazri sendiri, yang dikurung di Taiping, tidak menerima surat ditandatangani Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, bertarikh 25 Jun itu.
Semasa di Tawau lebih enam bulan lalu, saya dan isteri sempat bertanya khabar keluarga Cikgu Bakar dan Ustaz Nazri. Kami juga singgah seketika di rumah Zainab yang cukup sederhana. Penderitaan mereka kini bertindan-tindih.
Ya, kezaliman di atas kezaliman. ISA yang tidak pernah membuktikan kesalahan seseorang masih belum dikuburkan. Kalau dahulu, jarang sekali tahanan ISA digantung kerja, apatah lagi dibuang kerja, kini, azab mereka lebih pedih dan keluarga tidak berdosa terpaksa menanggungnya.
Itu belum dikira prosedur penggantungan atau pembuangan kerja tahanan ISA, yang langsung tidak memberi ruang pembelaan diri. Bayangkan, isteri masing-masing langsung tidak dimaklumkan tentang tindakan disiplin itu, apatah lagi suami terseksa, yang jauh melangkaui Laut Cina Selatan.
Semua maklum, Muktamar Tahunan PAS Ke-58, di Kota Bharu, bermula 16 November ini adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Apa pun usah lupa, kita juga diperingatkan lebih setahun lalu, 3-5 Jun 2011, di Kuala Lumpur, bahawa perhimpunan terbesar aktivis parti Islam pada tahun itu juga merupakan muktamar terakhir sebelum bertarung di gelanggang siasah paling sengit pernah disaksikan rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 24 April 2013 dan tiada teka-teki lagi selepas itu. Saya membangkitkan hal ini sekadar menunjukkan persiapan rapi menghadapi PRU13, sudah cukup lama, sambil mengharap stamina dan komitmen petugas parti tidak mudah luntur meskipun sudah berkali-kali berada dalam "gear lima pada pecutan terakhir".
Sememangnya mood rakyat di seluruh negara untuk melakukan perubahan -- memastikan Putrajaya dibebaskan sepenuhnya daripada cengkaman Umno-BN -- berada pada tahap terbaik. Dan tiada lagi wilayah atau negeri yang boleh dianggap "deposit tetap", meletakkan Najib Razak dalam keadaan gelisah dan gelabah.
Ada yang berpendapat, sekiranya banyak kerusi PAS tumbang pada PRU ke 13 nanti, ia disebabkan oleh Hasan Ali (gambar kanan). Dengan pengalaman sebagai motivator dan mempunyai karakter tersendiri, beliau cukup mudah memaut hati pendengar lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa. Sedikit sebanyak, kebarangkalian sokongn pengundi juga boleh berubah begitu sahaja. Legasi AKRAB tidak hilang biarpun Hasan Ali terjun ke kancah politik.
Apapun pandangan anda, bersikap sinis atau sebaginya. Fenomena Hasan Ali bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ia tidak sama dengan Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin (gambar kiri, sebelah kiri), Gobalakrishnan mahupun Ibrahim Ali (gambar kiri, sebelah kanan) yang berpaling dari perjuangan pro-demokrasi dan pro-rakyat.
Dengan memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat, Hasan Ali secara tidak langsung menjadi jurukempen bagi Barisan Nasional. Ironinya, ia seperti bertukar shift, beliau kini telah menggalas beban UMNO terhadap kesilapan lampau mereka sepanjang mentadbir kerajaan. Pertukaran shift ini bererti, UMNO boleh menumpukan terhadap kerja-kerja politik mereka yang lain dalam memaut semula hati rakyat.
Demikianlah perutusan Anwar Ibrahim, (gambar kanan) pemimpin Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat, pada 9 Mac 2008, sehari selepas rakyat menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen dan menghilangkan kuasa memerintah di empat lagi negeri di Semenanjung Malaysia.
Dakwaan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin (gambar kanan) di Perhimpunan Agung UMNO hari kelmarin walaupun nampak lucu dan tidak logik sesungguhnya perlu diambil serius. Katanya, ada pihak yang 100 kali ganda lebih rasis daripada UMNO. Kenyataan yang bodoh sebodoh-bodohnya pun kadang-kala boleh mencetuskan peluang untuk kita merenung semula keadaan gerakan anti-Barisan Nasional.
Buat sejenak, saya terkilan dengan "cabaran" yang dilontar Shamsul (gambar kiri), tetapi saya terpaksa menerima hakikat bahawa setelah 48 tahun negara Malaysia dibentuk, rakyatnya masih terpisah oleh wacana politik yang terikat dengan struktur-struktur kuasa lama. Kejayaan British dan kemudiannya UMNO-Barisan Nasional memisahkan rakyat melalui identiti etnik masing-masing telah menghasilkan "realiti

Makna dan matlamat demokrasi adalah "Kuasa Rakyat". Media yang bebas, dan jaminan hak asasi untuk bersuara adalah antara unsur-unsur penting untuk membolehkan Rakyat meluah pandangan dan pendapat mereka dalam proses pemerintahan sesuatu kerajaan. Tanpa jaminan-jaminan tersebut, Rakyat tidak boleh dianggap berkuasa. Tanpa jaminan hak asasi, demokrasi tidak bermakna.
Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman pada asasnya mencairkan hak untuk berhimpun secara aman kerana ia mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan syarat-syarat yang boleh menyebabkan hak untuk berhimpun secara aman kerana ia mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan syarat-syarat yang boleh menyebabkan hak untuk berhimpun secara aman tidak boleh dicapai dan oleh itu tidak berperlembagaan.
Satu alasan yang kerap diberi dalam menentang tuntutan hak untuk kebebasan bersuara dan berhimpun ialah seperti berikut, "Kebebasan tidak boleh mutlak dan harus dihadkan. Jikalau tidak masyarakat akan terumbang-ambing akibat pintaan kebebasan dari pelbagai pihak".
Namun, sepanjang saya membesar, saya disosialisasikan dalam masyarakat Cina di Malaysia. Ada perkara yang didedahkan kepada saya. Maka kasih dan sayang saya pada kaum Melayu berbaur dengan rasa benci. Benci dan ketakutan menyelubungi saya untuk 20 tahun. Dan pada 9 Julai 2011, kebencian dan syak wasangka saya terhadap orang Melayu yang terpendam dalam hati saya telah di-nyahkan!
Dia tanya kepada saya, betul nak pergi? Saya jawab, "Betul..." Dan dia bersetuju dengan saya! Pada saat-saat itu saya terperanjat, menatapnya dengan mata yang terbeliak. Kemudian ketakutan mula menular dalam hati saya. Kerana, betul kami nak pergi ni....
Di penghujung sana kelihatan sekumpulan anggota polis sedang menunggu. Kesudahannya diduga. Pasangan suami isteri tadi tidak diberi laluan. Walaupun saya nampak mereka agar terkilan, tetapi saya yakin mereka tidak pasrah begitu sahaja. Cuba fikirkan, apakah yang mendorong seorang isteri yang hamil untuk mengambil risiko bersama suaminya? Takkan mereka tidak sedar bahawa diri mereka mungkin ditangkap, dibelasah? Tapi siapa yang sedar, apa yang mereka terpaksa berkorban, untuk tujuan ini?
Kami melangkah dengan cepat, akhirnya sampai di kawasan berdekatan dengan Hospital Tung Shin. Tak sempat kami berkumpul dengan kelompok manusia di sana. Sebaris trak polis berhenti di situ. FRU berbaris membentuk tembok halangan, seolah-olah untuk melindungi kami. Tapi kami sedar apa tujuannya. Kami gagal melakukan apa-apa mendengar jeritan dari orang di sebelah sana.
Hati saya sejuk tiba-tiba. Konsep bahawa "kerajaan asyik menolong muslim sahaja" telah berkecai! Semuanya berkecai. Saya terpegun di situ untuk agak lama.
Setelah melalui Jalan Petaling, kami terpaksa berhenti, kerana gas pemedih mata dilepaskan di perhentian bas Klang. Kami rasa tersengit dengan gas itu, malah hampir lemas dibuatnya. Kami berundur dengan cepat, tetapi bukan lintang-pukang. Orang berkongsi garam dan air tanpa mengira kaum. Ini kerana garam dapat meredakan rasa sengit yang disebabkan gas pemedih mata.
Akhinya kami gagal sampai ke KLCC. Kedengaran polis sedang melakukan tangkapan. Kami mengambil keputusan untuk balik ke rumah pada kira-kira jam 5 petang. Kami tidak kesal menghadiri perhimpunan ini. Walaupun tubuh kita letih, tetapi hati kita tidak. Saya nak memberi pujian bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan yang berjaya!
Tang Ah Chai (gambar kanan) berkata, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meskipun disenangi komuniti bukan Islam dengan sesetengah kenyataannya, tetapi pemimpin ini kadang-kala turut mengeluarkan kenyataan yang kurang menyelesakan, yang dianggap fundamentalis, konservatif dan diskriminatif terhadap golongan wanita. Beliau seterusnya bertanya, berapakah orang pemimpin dalam PAS yang seumpama Nizar?
Apabila mesej politik yang tepat dapat ditonjolkan melalui sidang Muktamar, tuan rumah yakni PAS bukan sahaja membezakan diri dengan UMNO malahan juga menggerunkan UMNO. Sebab itu sehingga hari ini, bukan sahaja lidah rasmi UMNO - Utusan Malaysia - terus-menerus memberikan laporan berita sebesar liputan muka depan kepada isu yang berkisar sekitar sidang Muktamar dan pemilihan. Pemimpin UMNO bermula dengan Najib, berbaris menunggu giliran menyerang PAS, termasuk "manufacture" isu palsu demi mententeramkan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN) amnya dan UMNO khasnya.
Rata-rata negara dalam dunia moden berbicara kuat mengenai keperluan perubahan dan transformasi. Sebagai kesinambungan laungan kuat zaman reformasi, masyarakat Malaysia pasca 8 Mac 2008 juga menuntut perubahan. Sebab itu Kerajaan BN pimpinan Najib cuba memabukkan rakyat jelata dengan paparan-paparan "berita transformasi" saban hari yang lebih merupakan propaganda. Namun percubaan Najib untuk mengembalikan kegemilangan UMNO bakal menemui kegagalan.
Sementara UMNO masih bergelumang dengan "lumpur ekstremisme" bagaikan budak kecil yang belum matang, PAS tidak terikut-ikut dengan permainan budak-budakan UMNO. Petunjuk yang ditonjolkan oleh perwakilan PAS dalam pemilihan saf kepemimpinan baru PAS kali ini adalah jelas: Tolak UMNO, tolak Utusan dan kuburkan politik "kerajaan perpaduan"!
Sistem dua-barisan harus bermula dengan pertukaran rejim di peringkat persekutuan, tetapi hujah ini tidak bermaksud rejim baru dapat menduduki tampuk pemerintahan selama-lamanya. Apabila politik kedua-dua belah masing-masing menuju ke arah pertengahan, pertembungan juga akan berlaku. Tetapi pertembungan dalam kerangka pertengahan dapat menjauhkan politik kenegaraan daripada pergolakan yang tidak terjangka.
Maka persoalan seterusnya adalah, apakah perbezaan konsep "negara berkebajikan" PAS dengan UMNO yang juga mendakwa kononnya didasari konsep yang sama? Dalam soal ini,