Banner

Banner

Slider

Post Terakhir...

Recent Posts Widget
Iklan Sisi


Infomation

Perhatian: Sumbangan artikel/bahan boleh dibuat melalui whatsapp/telegram/emel (lihat menu) di atas bahagian FAQ.
✰ Komen berbentuk iklan akan dianggap spam
Notis : Kami telah membuka satu channel dan satu group "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group dan channel ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Channel < < atau >> Group < <

Pengikut

Video Semasa

Berita Terkini

Umum

Isu-Isu Semasa

Kemasyarakatan

Ulasan/Komentar

Politik

Telegram & Whatsapp

Sila klik untuk ikuti channel, group atau bot telegram kumpulan MindaRakyat...
TELEGRAM
Group Politik Iktibar & Pengajaran Group Santai Kuliah Online Nasyid Online Sudut Baccan Group Isu Kini Sudut Baccan Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Group Isu Kini Channel MR Group MR Bot TKO Channel TKO Group TKO Group Parlimen Dungun Guru Malaysia Guru Terengganu
WHATSAPP
Group Isu Kini Group Isu Kini

Penafian

Apa yang tersiar didalam blog ini adalah pendapat penulis/pengirim dan tidak semestinya mewakili pandangan dan pemdapat kami pengendali blog ini.Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tulisan dan komen penulisa/pembaca. Semuanya adalah pandangan peribadi penulis/pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami pengendali blog ini.

© 2018 Hak Cipta Tak Terpelihara

Guru 'lelong' anak masuk berita baru Menteri nak siasat


SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melihat dengan segera dilema seorang guru yang dilaporkan terpaksa menyerahkan enam orang anaknya kepada orang lain disebabkan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan.

Katanya, beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Pendidikan agar menyiasat isu yang dilaporkan oleh Sinar Harian dengan segera dan menyediakan butiran bagi tindakan susulan.

"Saya akan melihat kes ini dengan segera. Saya telah meminta pegawai Kementerian agar mendapatkkan butiran mengenai isu bagi mendapatkan gambaran sebenar. Saya faham situasi setiap guru yang ingin bertukar sekolah.

"KPM mempertimbangkan setiap permohonan pertukaran dengan mengambil kira pelbagai sudut dan faktor. Saya akan teliti kes ini," kata beliau kepada Sinar Harian.

Sinar Harian melaporkan seorang guru wanita yang kecewa keputusan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan terpaksa menyerahkan kesemua anaknya kepada sesiapa sahaja.

Laporan itu memetik tulisan dalam Facebook yang menyebut kenyataan kecewa itu perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan kerana boleh mengundang kepada penyakit kemurungan.

Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan keputusan permohonan pertukaran bermula kelmarin.
MR :  Biasa, guru dukalara tak penting, yang penting kasut mesti hitam


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tolong Jangan Memperbodohkan Rakyat! – Cynthia Gabriel


“Ini sedikit sebanyak satu lawak jenaka…” demikian komen Pengarah Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel. Komentar dibuat beliau melalui laman sosial twitter berkenaan isu Portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya sekadar memaparkan pendapatan bulanan menteri-menteri kabinet dan bukan maklumat terperinci pendapatan, saham dan lain-lain harta milik mereka.

Menurut Cynthia lagi, deklarasi aset sepatutnya bukan hanya sekadar pendapatan dan bukan hanya sekadar memaparkan perolehan pendapatan dalam tempoh dua ke tiga bulan. Ia seharusnya memaparkan keseluruhan pengisytiharan saham, harta benda, akaun bank dan lain-lain milik semua menteri kabinet dan anggota pentadbiran mereka.


Beliau yang pernah diberikan Democracy Award oleh National Endowment For Democracy pada 2017, turut menempelak tindakan pihak berkenaan yang dilihat cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

“Tolong jangan memperbodohkan rakyat! Kami mengundi masuk rejim yang baru untuk sesuatu yang lebih!”

Isu deklarasi aset para menteri kabinet mendapat perhatian umum baru-baru ini disebabkan oleh laman Portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuma sekadar memaparkan pendapatan bulanan para menteri dan anggota pentadbiran kerajaan. Senarai aset, saham dan harta lain tidak dipaparkan. Semakan ke atas laman tersebut sehingga hari ini (14 November 2018) masih belum menunjukkan perubahan kepada paparan tersebut dibuat.

Sumber: https://www.menara.my/


MR :  Memang rakyat dah diperbodoh


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Prospek Malaysia Baru: Mengubah Perlembagaan tanpa Menukar Perlembagaan


Salam para Patriots.

Saya membawa isu ini kepada rakan-rakan sekalian atas dasar rasa prihatin lagi bimbang akan perkembangan terbaru yang sedang berlaku dalam negara, yang mungkin rakan-rakan terlepas pandang.

Jika rakan-rakan sedar, pagi tadi berlangsung sebuah public forum seperti yang ditunjukkan di dalam poster. Saya tak dapat pergi. Tahu pun baru hari ni. Cumanya public forum ni mengingatkan saya pada forum 3hb September lepas dengan tajuk yang agak kontroversi juga.

Propects for Malaysia Baru: Constitutional Change Without Changing the Constitution

Atau dalam mudahnya (lebih kurang) - Prospek Malaysia Baru: Mengubah Perlembagaan tanpa Menukar Perlembagaan

Pertamanya mengenai public forum pagi tadi, saya yakin ia menyentuh perkara yang sama dibawa KOMAS pada konvesyen UPR di Geneva tempoh hari. KOMAS menggariskan badan agama Islam sebagai punca diskriminasi berlaku selain dari Perkara 153. (*rujuk gambar)

Forum Prospek Malaysia Baru yang berlaku pada September lepas pula berkisar tentang bagaimana mengubah perlembagaan tanpa menukar perlembagaan.

Ini yang rakan-rakan semua perlu sangat-sangat faham.

PERKARA 153 dengan PERLAKSANAANNYA adalah 2 perkara berbeza.

Hari ini pelbagai pihak yang pro-ICERD cuba 'tone down' akan bahaya dan ancaman ICERD ni. Hampir setiap hari di media-media, ada saja pihak yang cuba memainkan isu ICERD ni seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Tidak rakan-rakan. Sama sekali tidak.

Ya Perkara 153 kalau nak ubah perlu 2/3 majoriti dan perkenan Majlis Raja-Raja serta YDPA. Tetapi tidak untuk Perlaksanaan kepada semangat Perkara 153 ini.

Akta-akta seperti UiTM dan MRSM contohnya boleh digubal tanpa menyentuh perkara asas dalam 153 pun. Hanya perlukan 'simple majority' dan kelulusan tanpa perkenan MRR dan YDPA pun.

Dalam pekeliling kepada semua ahli DAP yang kamk bongkari tempoh hari, mereka telah merujuk kepada Deklarasi Setapak sebagai hujah untuk menyokong ratifikasi ICERD. Apa ada dalam Deklarasi Setapak ni rakan-rakan? Menghilangkan perbezaan Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Rakan-rakan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, take note, this will effect you as well.

Cara PAP mengubah perlembagaan tanpa menukar perlembagaan cukup licik. Di sana mereka mengkelaskan Melayu kepada etnik-etnik kecil seperti Minang, Boyan, Bugis dan sebagainya. Bila tidak ditakrif sebagai Melayu, maka perlaksanaan yang termaktub di dalam perlembagaam juga makin mengecil, yang lama-kelamaan hilang di arus perdana.

Tiada lagi agenda memperkasa bangsa.

And guess what, yang beri lecture pasal Prospek Malaysia Baru ni memang Profesor dari NUS (National University of Singapore).

Bangunlah dari tidur anda. Tinggalkan sekejap Gegar Vaganza tu.

Mudharat yang besar sedang menanti di hadapan jika kita masih lagi lena dan tidak bersuara.

Bantulah kami untuk sebarkan dan didik saudara-mara kita, anak-anak kita, adik-adik tentang apa yang sedang berlaku. Ini lebih besar dari isu Zamani layak ke final Gegar Vaganza.

Bersuaralah.

Nyatakan bantahan anda terhadap penjajahan alaf baru ini.

Ikhlas,
Jamalee Bashah

#BantahICERD
#LawanICERD
#MalayanUnionAlafBaru


MR :  Orang Islam kadang kala bodoh politiknya kerana hasad dan dengaki sesama sendiri


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Bagaimana Melayu Singapura Dipinggirkan Kerajaan PAP Tanpa Menukar Perlembagaan?


"Orang Melayu ni paranoid. Kalau kita ratifikasi ICERD pun, hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin. Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2/3 majoriti, tetapi perlu kelulusan Raja Raja Melayu. Jangan bimbang tak bertempatlah!"

Begini jawapannya:
Perkara 152(2) Perlembagaan Singapura juga menyebut tentang kedudukan istimewa Melayu sebagai kaum pribumi (indegenous people) dan tanggungjawab kerajaan mereka dalam memelihara hak dan kepentingan kaum Melayu dari sudut bahasa, pendidikan, agama, politik, sosial dan ekonomi.

Tetapi apa yang berlaku adalah perlembagaan akan tinggal nama sahaja apabila dasar kerajaan sedia ada akhirnya meminggirkan bangsa tersebut. Contohnya selepas kemerdekaan daripada Malaysia tahun 1965, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan Singapura telah menghentikan penggunaan nama Melayu bagi jalan di negara tersebut. Malahan mereka mula menggantikan perkataan 'lorong' kepada 'avenue' atau 'drive'. Bermula tahun 1980an, nama2 Cina pula digunakan. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi bahasa?

Selepas tahun 1965, Singapura telah memperkenalkan kuota perumahan, skim penempatan semula bandar dan mewujudkan sistem perwakilan undi (GRC). Keadaan ini telah mencairkan kuasa politik Melayu dan melemahkan parti parti pembangkang pro Melayu seperti PKMS. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi politik?

Kuota kediaman etnik juga diperkenalkan pada tahun 1989 dengan syarat bahawa peratusan etnik Melayu tidak boleh melebihi 20% daripada sebuah kawasan pilihanraya dan 22% daripada komposisi penduduk blok perumahan awam. Jadi di mana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi ekonomi sedangkan tumpuan perniagaan dan infrastruktur adalah kepada kawasan perumahan berpusat seperti ini?

Dari segi pendidikan, kedudukan Melayu lebih parah. Sehingga 2005, tidak pernah ada seorang pun Melayu menerima biasiswa Angkatan Tentera Singapura (SAFOS). 98% daripada penerima biasiswa luar negara SAFOS pula berbangsa Cina. Bermula tahun 1990, kerajaan Singapura telah membatalkan dasar pelajaran percuma kepada kaum Melayu tanpa syarat yang diwarisi dari zaman British. Kesannya, mana2 keluarga Melayu berpendapatan SGD2000 sebulan perlu membayar yuran pengajian yang tinggi. Jadi dimana pemeliharaan terhadap kedudukan Melayu dalam pendidikan?

Saya tak ada masalah jika bangsa saya jahil. Jahil itu penyakit. Penyakit itu ada ubatnya. Belajar dan membaca adalah ubat kejahilan.

Tapi menjadi bXXi ni tak ada ubat. Samak macammana pun dia akan kekal najis.

Sumber rujukan:
1. Perlembagaan Singapura ms 158

2. Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu, Prof Madya Dr Lily Zubaidah Rahim (Assoc Professor at University of Sydney), Oxford University Press, 2004, ms 91-101, 265

DRP
Abdul Rahim Hilmi Zakariya


MR :  Melayu mudah lupa, akhirnya terjual di negeri sendiri


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Krisis PAS Vs DAP


Walaupun penulis (Lim Sian See) ialah non muslim tetapi demi kebenaran beliau menulis dgn fakta yang telus dan benar.. PAS  tidak pernah nak menipu rakan bersama...tapi PAS selalu ditipu dan dibuli... PAS dah banyak berlembut hati... sudah sampai masa nya... perjuangan harus diteruskan sendirian walau apa pun terjadi... .

DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT ... EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.

Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.

Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... JOM TERJAH!!!

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.

Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.

PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.

Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.

“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.

“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW

Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. "

"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."
---
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!
https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.

2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD

Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah)
https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be

Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.

Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.

Itu tikam belakang. Yang teruk.

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):
---
"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Harapan, satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan."

"Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri."

"Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya."

"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud." https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/

Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.

Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.

Kemudian segalanya mula meletup!

Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.” http://goo.gl/oW67CK

Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl

Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti. http://goo.gl/kgogGy

Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul. http://goo.gl/2FplaO

Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”

Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!

Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang. https://goo.gl/W0ueW8

Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS. https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be

Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar - memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.

Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.

Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.

Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas....

LSSVia-Lim Sian See


MR :  Kalau mereka ada akal, dia akan faham


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Skim Insurans B40: LGE Bohong Dewan Rakyat?


1. Kerajaan PH umumkan akan wujud Skim Insurans B40 di mana Syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia akan menyumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan.

2. Skim insurans itu pun sekadar memberi perlindungan RM8 ribu untuk rawatan empat penyakit kritikal. 8k memang tidak cukup dan belum jelas apa akan berlaku selepas habis RM2 bilion itu. Tapi tak apa itu cerita lain hari..

3. Cerita utama: Great Eastern Life Insurance Malaysia ini adalah milik bank Singapura OCBC.

4. Tahun 2009, Kerajaan BN memutuskan syarikat insurans di Malaysia tidak boleh dimiliki 100% syarikat asing - maksimum dihadkan kepada 70%.

5. Tahun lepas, BNM beri amaran terakhir kepada syarikat insuran asing yang masih belum mematuhi peraturan ini.

6. Dalam pembentangan Belanjawan 2019, LGE ucap terima kasih kepada Great Eastern atas sumbangan RM 2 bilion itu seolah-olah sudah muktamad dan satu jasa baik dari syarikat itu. (Lihat lampiran)

7. Tetapi media Singapura Isnin lalu lapor kenyataan syarikat Great Eastern bahawa ia belum setuju buat sumbangan. (Lampiran)

8. Mana satu betul? Adakah LGE telah berbohong di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan rakyat?

9. Mungkin ramai tanya kenapa Great Eastern sanggup menyumbang? CSR ka? Laporan media sama mendedahkan, rupa-rupanya syarikat itu sedang berbincang dengan kerajaan PH bagi mendapat pengecualian daripada syarat BNM untuk menjual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan.

10. Secara jelas, Great Eastern memberitahu satu kaedah untuk mendapat pengecualian ialah dengan membuat sumbangan RM2 billion ini. Nampak tak unsur "quid pro quo" di situ?

11. Harap LGE boleh buat penjelasan a) adakah anda berbohong atau mengelirukan Dewan? b) Bajet ini untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura?

Shahril Sufian Hamdan

FB

MR :  Kencing? biasalah bagi pimpinan PH


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Terengganu tubuh pusat pemulihan dadah holistik


KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan menubuhkan sebuah pusat pemulihan dadah secara holistik menggunakan pendekatan lebih komprehensif.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, Modul Perawatan Psikospiritual Interaktif Terapi Gantian Minda (i-TGM) pada 2020 berkenaan adalah hasil kajian Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dijalankan dalam tempoh lima tahun.

“UniSZA berjaya membukukan 13 modul i-TGM menggunakan pendekatan holistik melalui gabungan empat pendekatan berbeza iaitu aspek biologi, psikologi, sosial dan psikospiritual sekali gus sebagai jambatan bagi menghubungkan konsep perubatan moden dan alternatif.

“Jadi, kita akan berusaha untuk merealisasikan modul itu dengan menubuhkan pusat pemulihan berkonsepkan perkampungan dengan turut mengambil contoh pelaksanaan modul itu oleh Pusat Komuniti Saadah (PKS) yang telah beroperasi selama dua bulan di Kuala Nerus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan 2nd International Conference in Addiction Science: Holistic Approach to Misuse and Addiction Management; “Wind of Change” for A Translational Research di UniSZA kampus Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penyelidik Pusat Penyelidikan Ketagihan (CentRenA) UniSZA, Prof Dr Nasir Mohamad.

Dalam pada itu, Mohd Nor berkata, walaupun belum mempunyai lokasi yang benar-benar sesuai, pihaknya menjangka seramai 50 pelatih dapat ditempatkan dalam satu-satu masa setelah pusat pemulihan itu beroperasi.

“Pusat pemulihan ini ditubuhkan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam), pihak hospital dan lain-lain agensi berkaitan.

“Antara konsep yang akan diwujudkan ialah sebuah perkampungan yang terkawal, menerima pelatih yang bersedia dan sukarela, tidak mendedahkan pelatih kepada suasana komuniti yang tidak kondusif dan menerapkan konsep agama Islam menerusi proses pemulihan,” katanya.

MR :  Kerajaan PAS Terengganu diam-diam buat kerja


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.