Header II

Header ADS

Dr Mahathir yang perlu minta maaf dengan Anwar


TANAH MERAH - Pas dan UMNO tidak perlu 'bermaafan' disebabkan isu tuduhan kafir yang sudah lama dan sengaja dihangatkan kembali.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya mengulangi pendirian bahawa mereka tidak pernah pun mengkafirkan UMNO sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

"Apa yang kita jelaskan sebelum ini ialah berdasarkan tulisan ulama dalam kitab mengenai batas-batas iman dan kufur. Ianya terpakai kepada semua, bukan UMNO sahaja sebaliknya semua orang Islam termasuk Pas.

“Boleh dengar semula ucapan sebelum ini kerana kita menyebut dari segi akidah. Perkara ini dijadikan isu apabila ada pihak memusingkan cerita mengatakan Pas mengkafirkan UMNO.

“Maka tidak perlu dan tidak timbul isu Pas perlu meminta maaf atau menarik balik kenyataan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Amar ditemui pada Majlis Daerah Tanah Merah selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Pas menarik balik dan kenyataan yang mendakwa parti itu melabelkan UMNO sebagai kafir sebelum kedua-dua pihak memeterai piagam bersama.

Dr Mahathir mendakwa, apa yang pernah dikatakan Pas kepada UMNO masih lagi digunapakai selagi ia tidak ditarik balik oleh parti itu.

Mengulas lanjut, Mohd Amar juga mempersoalkan adakah Dr Mahathir membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua tanggapan dan dakwaan yang pernah dilemparkan kepada pemimpin PKR itu sebelum ini.

"Dr Mahathir minta maaf ke pada Anwar? Tapi mereka boleh duduk bersama juga dan bekerjasama pula dalam PH (Pakatan Harapan) sekarang. Jadi, apa masalahnya kalau kami (Pas dan UMNO) pun bersama?," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.