Header Ads

ads header

Flash News

Solat hajat serentak pada Jumaat selepas Zohor


Seluruh umat Islam di negara ini disaran mengadakan solat hajat serentak pada hari Jumaat (esok) selepas solat Zohor untuk kesejahteraan rakyat negara ini dalam berdepan wabak COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri berkata solat hajat itu boleh dilakukan di rumah dan tempat masing-masing.
Menurut Dr Zuklifli, beliau telah dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah untuk mencadangkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan solat hajat tersebut.

“Berdasarkan taakulan saya dengan ilham daripadaNya, tarikh yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada hari Jumaat (esok) selepas solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Dr Zulkifli, umat Islam juga disaran memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada Allah.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Satu usaha yang murni ke arah kebaikan negara. Moga-moga ahli keluarga kita terutama anak-anak dan cucu terselamat dari wabak covid-19 dan wabak lain.

    BalasPadam