Header Ads

ads header

Flash News

Pasal Harta Tengku Nan, Najib sindir Mahathir dan Anwar


Perdana Menteri Najib Razak mempertahankan kekayaan Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Mansor yang mencecah angka hampir RM800 juta, seperti didedahkan di mahkamah.

Najib memetik sebuah buku yang menyebut Tengku Adnan sering berniaga bersama jutawan Vincent Tan dan pernah memiliki kepentingan saham yang besar dalam syarikat media The Star, Watan dan Mutiara Telecommunications (kini DiGi telecommunications).

“Pada tempoh itu, PM adalah PM keempat (Mahathir) dan menteri kewangan ialah bakal PM ke-5/6/7/8/9. (Anwar Ibrahim)... Tengku Adnan ada sebut Anwar banyak beri projek kepada dia tapi dia sokong Mahatir (Editor MR baca di sini)

“Sebab itu, perlu tanya mereka berdua jika nak tahu bagaimana Tengku Adnan menjadi kaya masa itu,” kata Najib.
SPRM semalam memulakan siasatan bagaimana kekayaan Tengku Adnan itu diperoleh.
Tengku Adnan dilaporkan berpuas hati dengan pendedahan berkaitan kekayaannya itu, yang dibuat setelah hakim menolak permohonan agar pengisytiharan harta beliau dibuat secara tertutup.

Tengku Adnan berkata beliau mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada 2001 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
 Pada tahun 2006 pula Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM711,325,822. Pada masa itu, beliau dilantik sebagai menteri pelancongan oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Pada 2013, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM691,770,649 kepada Najib Razak. Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan untuk keseluruhan penggal.

Pada 2016, Tengku Adnan membuat perisytiharan aset sebanyak RM782,748,061.

Pasaran saham rancak awal 90-an

Menulis di Facebook hari ini, Najib berkata pasaran saham Malaysia sangat rancak pada awal tahun 1990-an.

“Itulah masa Tengku Adnan menambah kekayaan,” katanya.
Tengku Adnan Mansor 
Najib juga berkata ketika dilantik sebagai timbalan menteri pada tahun 2001 oleh perdana menteteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad, Tengku Adnan sudah memiliki aset hampir RM1 bilion.

“Kan PM ketujuh (Mahathir) pernah pesan kepada rakyat pada bulan Januari lalu?

"Jangan simpan rasa iri hati pada orang kaya, pesan Dr M,” katanya memetik kenyataan Mahathir pada 6 Januari.


MR :  Macai PH mana nak baca maklumat macam ini, mereka tahu minum kencing aje..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau duit tu diperolehi dgn cara yg halal kenapa kena takut.

    Sampaikan ph tumbang pun, pemimpin2 pembangkang pasumno tak sesekali mahu istiharkan harta.

    Tapi biasa lah akhir zaman.
    Ulama sesat dipuja.
    Pemimpin perompak dibosskur

    Pemimpin dia keras.
    Dia dapat gaji.

    Rakyat keras.
    Ikut sokong pemimpin jual agama & pemimpin kleptokrasi.

    Rakyat dapat apa??

    DOSA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ARIF MULUK.. rakyat macam kau tadah kencing..hari2 kena kencing.. pemimpin korupsi lepas gitu.. penyokong LTTE lepas.. tunggu minyak turun tak turun2..lepas PH turun minyak turun.. hampeh

      Padam