Header Ads

ads header

Flash News

Barisan exco baru Johor


Hasni Mohammad, yang baru dilantik menjadi menteri besar Johor, mengumumkan barisan exco kerajaan negeri hari ini.

Kesemua 10 exco itu mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene pagi tadi.

Antaranya Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang dan bekas adun PKR Chong Fat Full.

Dua exco dalam kerajaan negeri sebelum ini, Tosrin Jarvanthi and Solehan Badri, kedua-duanya daripada Bersatu, dikekalkan dalam barisan yang baru ini.

Barisan exco terdiri daripada empat adun Bersatu, Umno (empat), MIC (satu) dan seorang adun bebas.

Hasni telah menggelarkan barisan exco petandbirannya sebagai "Exco Makmur Johor".

"Ini sahaja cukup untuk rakyat untuk tahu bahawa matlamat pentadbiran saya adalah untuk kepentingan Johor," katanya.



Menegaskan pentadbirannya akan berkhidmat kepada semua penduduk negeri, Hasni menggesa sebarang politiking dan pergaduhan ditamatkan.

Hasni mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada minggu lalu untuk mengetuai gabungan BN-Bersatu-PAS.

Walaupun terdapat pertikaian awal berkenaan majoriti sokongan yang dimilikinya, tindakan Chong yang keluar PKR semalam membolehkan Hasni mendapat sokongan 29 daripada 56 anggota DUN.

Berikut ialah barisan exco kerajaan negeri yang baru:

1) Hasni Mohammad (Umno-Benut)
-Sumber Asli, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, dan Pembangunan Ekonomi

2) Samsolbari Jamali (Umno-Semarang)
-Industri Pertanian dan Asas Tani, dan Pembangunan Luar Bandar

3) Mazlan Bujang (Bersatu-Puteri Wangsa)
-Pendidikan, Informasi, Budaya dan Warisan

4) Vidyananthan Ramanadhan (MIC-Kahang)
-Kesihatan dan Persekitaran

5) Tosrin Jarvanthi (Bersatu-Bukit Permai)
-Hal Ehwal Islam

6) Ayub Ismail (Umno-Rengit)
-Perumahan dan Kerajaan Tempatan

7) Solehan Badri (Bersatu-Tenang)
- Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan

8) Zaiton Ismail (Umno-Sungai Balang)
- Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

9) Onn Hafiz Ghazi (Umno-Layang Layang)
- Pelancongan, Belia dan Sukan,

10) Mohd Izhar Ahmad (Bersatu-Larking)
-Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia

11) Dr Chong Fat Full
-Perpaduan, Perdagangan, dan Hal Ehwal Pengguna


MR :  PAS hanya dapat GLC aje..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan