Header Ads

ads header

Flash News

Menjawab Tuduhan MP PKR Kononnya Negara Bakal Berhadapan Dengan Krisis Fiskal – KADER


ADAKAH negara kita bakal menghadapi krisis fiskal seperti yang dituduh oleh YB Amin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar dari PKR?


Atau dalam bahasa mudahnya; adakah kerajaan Malaysia bakal berhadapan dengan masalah untuk berbelanja defisit bagi melaksanakan polisi dan program kerajaan seperti yang disembangkan oleh

Ahli Parlimen Kangar, YB Amin Ahmad baru baru ini?

Tuduhan YB itu boleh dilihat di link ini https://www.facebook.com/kaderekonomi/posts/526583514656165

Jawapannya tidak! Negara Malaysia tidak pernah mengalami masalah fiskal sebelum PRU14 dan tidak berhadapan dengan masalah fiskal sekarang.

Sebelum PRU ke-14 dulu rakyat Malaysia telah dibohongi oleh ahli ahli politik Pakatan Harapan (PH) kononnya negara di ambang kebankrapan akibat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja secara boros.

Rakyat juga telah ditakutkan dengan fitnah oleh ‘pakar ekonomi PH’ seperti Rafizi, Tony Phua, Lim Guan Eng dan lain-lain yang membuat tuduhan palsu bahawa negara Malaysia betul-betul akan berhadapan dengan masalah kebankrapan sekiranya BN terus memerintah.

Naratif yang dimainkan PH adalah kononnya ekonomi dan kewangan negara masih boleh diselamatkan daripada kebankrapan sekiranya BN ditumbangkan dan PH dipilih sebagai kerajaan.

Kononnya PH akan berusaha untuk menyelamatkan ekonomi negara. Tetapi, PH tetap juga terus membuat tuduhan kononnya Kerajaan Malaysia bakal ‘bankrupt’ walaupun setelah mereka membentuk kerajaan.
Mungkin hanya setelah hampir setahun menjadi kerajaan, barulah ahli-ahli politik PH menyedari bahawa tuduhan mereka tentang negara Malaysia boleh bankrupt itu terlampau tak masuk akal.

Kerana tidak mungkin negara yang berbelanja defisit dalam matawangnya sendiri (Kerajaan Malaysia hanya berbelanja defisit dalam matawang RM) dan dalam situasi hanya kerajaan Malaysia melalui Bank Negara punya monopoli dalam pengeluaran Ringgit, tidak mungkin negara boleh bankrupt.

Mungkin hanya setelah menyedari hakikat ini maka ahli-ahli politik PH mula mengubah tuduhan mereka daripada memfitnah negara kita bakal bankrupt kepada menuduh negara kita bakal berhadapan dengan ‘Krisis Fiskal’ pula.

Tuduhan baru berkenaan ‘Krisis Fiskal’ Ini memberi peluang kepada YB-YB PH yang acah-acah intelek untuk dilihat lebih complicated dan know it all ye tak? Contohnya macam YB Amin Ahmad pakar ekonomi short courses nih.

Sebenarnya, TUDUHAN BAHAWA NEGARA KITA BAKAN MENGHADAPI KRISIS FISKAL ADALAH SAMA TEMBERANGNYA DENGAN FITNAH BAHAWA KERAJAAN MALAYSIA BOLEH BANKRUPT.

Sebelum itu mari berkenalan dengan APA ITU KRISIS FISKAL?

KONONNYA; Krisis Fiskal akan berlaku bilamana kerajaan tidak dapat melaksakan program fiskal (polisi kerajaan) apabila hasil kutipan cukai yang diperoleh kerajaan adalah jauh rendah berbanding perbelanjaan kerajaan. Dan dalam masa yang sama kerajaan menghadapi masalah untuk meminjam bagi menampung jumlah defisit perbelanjaan kerajaan itu.

Krisis Fiskal akan menyebabkan kadar bunga bagi bon-bon kerajaan meningkat pada paras yang tinggi, dan ini akan meningkatkan lagi jumlah hutang yang perlu dibayar kerajaan akibat peningkatan kadar bunga yang tinggi.

Justeru itu, bagi mengelakkan Krisis Fiskal ini berterusan, maka kerajaan akan terpaksa memotong banyak perbelanjaan kerajaan, seperti mengurangkan social spending dan dalam masa yang sama kerajaan juga terpaksa meningkatkan cukai.

Tindakan ini kononnya terpaksa dilakukan kerajaan walaupun ia jelas akan mengundang kemarahan rakyat, ia umpama menelan pil pahit… kononnyalah…

Di sini Admin hendak tegaskan bahawa TUDUHAN BAHAWA KERAJAAN MALAYSIA BAKAL BERHADAPAN DENGAN KRISIS FISKAL ADALAH, BUKAN SAHAJA TIDAK BETUL, MALAH TIDAK MUNGKIN AKAN BERLAKU SAMA SEKALI.

Ini kerana negara betul betul boleh/berkemungkinan mengalami krisis fiskal hanyalah bagi negara yang termasuk dalam kategori di bawah;

1) Bagi negara yang mana kerajaannya banyak berhutang dalam matawang asing

2) Bagi negara yang melaksanakan dasar ‘fixed exchange rate mechanism’ with currency board, macam beberapa negara yang mengikat matawangnya secara tetap dengan Dollar. Atau negara yang terus menggunakan matawang asing dalam negaranya, dikenali sebagai Dollarisation.

3) Jika negara mengikat nilai matawangnya dengan apa apa jenis komoditi seperti emas contohnya.

4) Bagi negara yang berada bawah currency union seperti Greece (termasuk semua negara EU yang menggunakan EURO) yang mana Bank Pusat Negara mereka sudah tidak punya kuasa perundangan untuk mengeluarkan matawang sendiri kerana peranan bank pusat sebagai lender of last resort kepada kerajaan dan pemonopolian pengeluaran reserves currency sudah diambil alih oleh supra national entiti iaitu European Central Bank.

Di bawah ini dijelaskan bahawa negara kita Malaysia langsung tidak berada dalam ke empat-empat situasi yang disenaraikan di atas.

Jadi ini bermakna tuduhan YB Kangar dari PKR kononnya kerajaan Malaysia bakal berhadapan dengan Krisis Fiskal bukan saja tidak betul, malah tidak logik!

1) Kerajaan Malaysia punya hutang dalam matawang asing yang sangat rendah, menurut laporan BNM;

”hutang luar negeri Kerajaan dalam denominasi mata wang asing adalahamat rendah (1.2% daripada KDNK).” – Profil Hutang Luar Negeri Malaysia, BULETIN SUKU TAHUNAN BNM, SUKU KE-3 2018 https://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2018/Q3/3Q2018_fullbook_bm.pdf
Mungkin hutang kerajaan Malaysia dalam matawang asing yang kecil ini beri kesempatan kepada Mahathir dan Pakatan Harapan untuk buat tindakan yang tidak masuk akal dengan menjebakkan kerajaan Malaysia kepada pinjaman Bon Samurai dalam matawang Yen.

2) Negara kita tidak mengamalkan fixed exchanged rate yang mengikat nilai matawangg RM secara tetap dengan mana mana matawang asing.

Apa yang kita amalkan adalah managed floating exchange rate di mana Bank Negara mungkin akan melakukan intervensi untuk sedikit mengubah nilai matawang di pasaran, itu sahaja.

Oleh kerana negara mengalami current account surplus, dan dalam keadaan foreign exchange reserves (reserves matawang asing) yang dipegang Bank Negara Malaysia adalah relatif tinggi, maka kita berada dalam kedudukan sangat selesa untuk melaksanakan polisi managed floating ini.

3) Ringgit Malaysia merupakan matawang fiat dan tidak ditambat dengan nilai emas, jadi ini membebaskan kerajaan daripada kekangan fiskal yang sering dialami oleh banyak negara semasa era gold standard dahulu.

4) Negara kita juga tidak berada dalam satu kesatuan matawang seperti EURO Zone. Malaysia punya matawang sendiri iaitu RM, dan Pengeluaran RM dimonopoli sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia. (Pengeluaran High Powered Money, iaitu reserve dalam RM termasuk wang kertas yang dikenali sebagai M0 adalah 100% dimonopoli oleh Bank Negara Malaysia).

Situasi ini tidak sama dengan Greece, Ireland serta termasuk semua negara dalam Kesatuan Eropah yang menggunakan matawang Euro.

Kerana dari segi undang-undang negara yang berada dalam EURO Zone tidak dibenarkan untuk mengeluarkan matawang sendiri dan terpaksa menggunakan matawang EURO yang mana pengeluaran matawang EURO tersebut hanya dimonopoli oleh satu entiti supra nasional iaitu Bank Pusat Eropah.

Kekangan perundangan oleh Bank Pusat Eropah menyebabkan negara yang menggunakan matawang EURO secara realitinya sememangnya boleh berhadapan dengan Krisis Fiskal, dan itulah yang sedang dihadapi oleh negara seperti Greece.

Di mana sekiranya Pemerintah Greece mahu berbelanja defisit dalam matawang EURO maka Greece perlu meminjam dari entiti lain yang memiliki EURO reserves. Ini kerana Bank Pusat Greece yang sudah tidak punya kuasa untuk mengeluarkan matawang sendiri sudah tidak berupaya untuk memainkan peranan sebagai sebagai lender of last resort (pemberi pinjam paling akhir) kepada kerajaan Greece.

Di sini Admin mahu tekankan;
BERBEZA DENGAN MALAYSIA, GREECE ADALAH CONTOH NEGARA YANG BOLEH DAN SEDANG BERHADAPAN DENGAN KRISIS FISKAL
faktanya adalah;
KERAJAAN MALAYSIA TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI BERHADAPAN DENGAN KRISIS FISKAL!
Jadi persoalan utama yang perlu ditanya adalah;

Sekiranya Kerajaan Malaysia tidak akan sama sekali berhadapan dengan Krisis Fiskal, jadi adakah kerajaan Malaysia boleh berbelanja sesuka hati? Dan apakah bentuk kekangan sebenar yang bakal dihadapi oleh Kerajaan?

Tetapi tetaplah KERAJAAN MALAYSIA TIDAK BOLEH BERBELANJA SESUKA HATI WALAUPUN KERAJAAN MALAYSIA TIDAK MUNGKIN BERHADAPAN DENGAN KRISIS FISKAL, LIMITASI/KEKANGAN KEPADA PERBELANJAAN KERAJAAN ADALAH GUNA TENAGA PENUH DALAM SUMBER DAYA NEGARA.
Walaupun dari segi kewangan, sememangnya kerajaan Malaysia tidak mungkin berhadapan dengan krisis fiskal selagi mana kerajaan berbelanja defisit dalam matawang RM. Ini kerana RM itu adalah matawang yang bersifat fiat, dan pengeluarannya dimonopoli oleh agensi kerajaan sendiri melalui Bank Negara, RM juga dialirkan ke dalam ekonomi melalui Perbelanjaan Kerajaan.

Dengan itu tiada limitasi kepada perbelanjaan kerajaan dalam bentuk monetari selagi mana perbelanjaan kerajaan Malaysia terus dilaksanakan dalam matawang RM, serta selagi mana nilai RM tidak ditambat secara tetap kepada mana mana matawang asing.

Namun Kerajaan Malaysia tetap berhadapan dengan limitasi sebenar dalam konteks penggunaan ‘real resources’ seperti penggunaan sumber daya alam (natural resources), sumber daya manusia (human resources) dan teknologi serta limitasi kepada kapasiti pengeluaran dalam industri sedia ada.

Contohnya sekiranya kerajaan mahu membina satu satu infrastruktur tetapi di negara kita tidak cukup jurutera, tidak cukup pekerja, pengeluaran konkrit terbatas, dan jika peralatan seperti jentera dan mesin tidak mencukupi. Maka ketidakcukupan sumber daya ini merupakan kekangan sebenar, kekangan dalam bentuk real resources yang dihadapai oleh kerajaan untuk menjayakan polisinya.

Bentuk Kekangan ini sangat berlainan berbanding kekawangan kewangan seperti yang sering digembar gemburkan sebelum ini.

Dalam situasi ini, iaitu sekiranya kerajaan terus berbelanja dalam keadaan ekonomi negara sudah mencapai tahap guna tenaga penuh, apa yang akan berlaku adalah negara kita bakal berhadapan dengan tingkat inflasi yang tinggi.

Jadi risiko kepada perbelanjaan defisit kerajaan yang tinggi hanyalah merupakan tingkat inflasi tinggi sahaja, bukannya Hyper Inflasi ala Zimbabwe dan Vanezuela yang dicanangkan oleh PH sebelum ini dan jauh sekali daripada berhadapan dengan kebankrapan.

Namun, Hyper inflasi hanya boleh berlaku sekiranya ekonomi mengalami masalah (kejutan) dalam pengeluaran sahaja seperti peperangan, bencana alam, dikenakan sekatan ekonomi. Hyper Inflasi hanya boleh berlaku jika berlakunya ‘supply side disruption’, Hyper Inflasi bukan berpunca daripada tingkat defisit/hutang kerajaan yang tinggi, ataupun berpunca daripada peningkatan permintaan.
Sekali lagi Admin ingin tegaskan bahawa; Peningkatan Permintaan hanya boleh menyebabkan paras inflasi meningkat, bukan Hyper Inflasi. Manakala, Hyper Inflasi hanya boleh berlaku sekiranya berlaku Supply Side Disruption.

Anehnya Supply Side Disruption ini tidak diterangkan oleh YB-YB Serba Tahu dari Pakatan Harapan. YB-YB PH menyimpang dan membuat tuduhan seolah-olah defisit dan hutang kerajaan boleh menyebabkan berlakunya Hyper Inflasi.

KENAPA SEKARANG INI KERAJAAN MALAYSIA PERLU MENINGKATKAN TINGKAT PERBELANJAAN KERAJAAN BAGI MENGELAKKAN NEGARA DARIPADA TERJERUMUS KE DALAM KEMELESETAN EKONOMI?

hal ini admin telah jawap [ada 23 Desember 2018 di link ini


GDP BOLEH MENINGKAT JIKA KERAJAAN BERBELANJAN DEFISIT. BAGAIMANA?
Oleh: Anas Abd Jalil

Kenapa pertumbuhan ekonomi Malaysa wajib tidak akan memberangsangkan pada tahun ini dan tahun hadapan?
Penjelasan amat mudah, sila beri kepada mana mana professor ekonomi untuk sangkal hal di bawah.

Ini adalah macro acounting dan wajib benar, ia bukan sekadar teori.
______________________

Gross Domestic Product / Keluaran Dalam Negara Kasar boleh dikira dengan jumlah perbelanjaan / total spending dalam ekonomi.
Iaitu GDP = C + I + G + ( X - M ).

Dimana;
C : Private comsumption / perbelanjaan isirumah
I : investment / perbelanjaan pelaburan swasta
G : Governement expenditure / perbelanjaan kerajaan
X : Export
M : Import

Penjelasan mudah bagi setiap komponen perbelanjaan;
'C' = private consumption / perbelanjaan isi rumah.
Perbelanjaan isi rumah itu bergantung kepada tingkat upah pekerja. Sekiranya gaji tidak naik, perbelanjaan isi rumah boleh meningkat dengan cara isi rumah berbelanja secara berhutang. Seperti menggunakan kad kredit, personal loan, refinancing rumah dan membeli real estate.

Namun, peningkatan tingkat perbelanjaan isi rumah dengan cara berhutang ini tidak akan dapat terus kekal meningkat. Kerana sampai pada satu peringkat tingkat hutang.

Di mana isi rumah sudah tidak boleh berhutang lagi dan akan menumpukan kepada pembayaran hutang bagi mengecilkan liability dalam balance sheet mereka.


Bila isi rumah menumpukan kepada pembayaran hutang maka 'C' bukan sahaja tidak meningkat, malah boleh jadi semakin kecil seperti apa yang berlaku di Jepun. Ini akan membawa kepada masalah deflasi yang berpunca dari rakyat tidak mahu berbelanja kerana membayar hutang.


'I' = perbelanjaan pelaburan swasta oleh perniagaan / Business Investment

Perbelanjaan pelaburan oleh perniagaan adalah bergantung kepada apa yang Keynes sebut sebagai 'animaL spirit'. Iaitu jangkaan keuntungan perniagaan ke atas pelaburan oleh usahawan.

Sekiranya peniaga/usahawan/producer menjangkakan ekonomi akan bertumbuh dengan baik dan permintaan/perbelanjaan dari sektor soktor lain (seperti sektor isirumah, kerajaan dan export) dalam ekonomi akan bertumbuh baik, maka sektor perniagaan akan meningkatkan perbelanjaan pelaburan mereka. Dengan andaian mereka akan beroleh keuntungan hasil dari pelaburan itu.


Dana bagi perbelanjaan pelaburan oleh peniaga/pengusaha; sama ada datang dari simpanan perniagaan, dengan meminjam dari bank bank komersil ataupun daripada terbitan saham (IPO) dan bon bon komersil.


Namun sekiranya peniaga/usahawan menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara berada di bawah paras memberangsangkan dan permintaan/perbelanjaan dari sektor sektor lain akan mengalami penurunan, maka peniaga akan mengurangkan perbelanjaan pelaburan.


Di Malaysia perbelanjaan pelaburan wajib jatuh bukan sahaja kerana usahawan menjangkakan 'C' tidak meningkat. Malah kerana pembatalan banyak projek projek infra rakyat oleh kerajaan Pakatan.


Projek projek infrarakyat seperti HSR, MRT3 dan ECRL walapun ianya adalah projek kerajaan pusat, tapi kerana cara fundingnya dibuat secara off balance sheet diluar balance sheet perbelanjaan kerajaan, maka perbelanjaan bagi projek projek tersebut adalah termasuk dalam perbelanjaan pelaburan swasta.


Pembatalan projek projek infrarakyat tersebut oleh Kerajaan Pakatan Harapan menyebabkan perbelanjaan pelaburan swasta 'I' akan berkurang dan memberi impak lansung kepada GDP. Belum diambil kira impak rantaian (multiplier) yang wajib lebih besar.


Selain itu, dengan tingkat hutang isi rumah tinggi dan perbelanjaan isi rumah seperti tidak akan meningkat tinggi akibat gaji tidak meningkat, maka sektor perniagaan juga akan mengurangkan perbelankaan pelaburan swasta mereka.


'X' = export / perbelanjaan sektor luar negara membeli barangan yang diproduksi dalam negara.


Export sangat bergantung kepada faktor luaran yang tidak dapat dikawal.

Sekiranya iklim ekonomi dunia tidak membaik, atau atas sebab geopolitk maka dengan sendirinya export tidak akan meningkat ataupun negara luar menghentikan lansung import dari negara kita, ini menyebabkan 'X' merudum. 'X' tidak dapat dikawal.
'M' = import / perbelanjaan tempatan membeli barangan dari luar negara, jadi perbelanjaan ini menghasilkan pendapatan kepada produsen luar, bukan tempatan.
'G' = perbelanjaan kerajaan pusat melalui polisi fiskal, dengan cara kerajaan berbelanja melalui Treasury Account.

Perbelanjaan kerajaan adalah satu satunya komponen dalam perbelanjaan yang mana kerajaan punya kuasa penuh untuk mengawalnya.

Kerajaan yang bodoh percaya ia berhadapan kekangan kewangan pasti akan mengurangkan komponen G sekiranya jumlah cukai yamg dikutip berkurang dengan tujuan untuk mengecilkan defisit perbelanjaan kerajaan.

Walhal, kekangan sebenar yang dihadapi oleh perbelanjaan kerajaan adalah kekangan sumber sumber real seperti terhadnya sumber manusia, teknologi, hasil bumi, besi, makanan, tanah dll yang boleh dimobilisasi dengan matawang tempatan. Sumber sumber real ini adalah faktor faktor produktif dalam ekonomi.


Tetapi, selagi mana sumber sumber real ini tidak digunakan sepenuhnya dalam ekonomi, di mana masih wujud pengangguran sumber, maka tiada masalah untuk kerajaan meningkatkan seberapa banyak perbelanjaan kerajaan (G) bagi tujuan memobilasi penggunaan sumber sumber yang tidak digunakan secara produktif tadi ke arah yang lebih produktif bagi meningkatkan pengeluaran dan bagi meningkatksn potensi pengeluaran pada masa akan datang. Contohnya melalui perbelanjaan dalam pendidikan percuma dan berkualiti serta pembinaan infrarakyat lainnya.


Rakyat yang berilmu dan infra yang lengkap serta penguasaan teknologi; wajib akan membantu peningkatan pengeluaran pada masa akan datang. Penyediaan faktor faktor produktif bagi keperluan pengeluaran pada masa akan datang ini sangat bergantung kepada perbelanjaan kerajaan dalam pendidikan, kesihatan, research and development serta pembangunan infra yang baik. Pembangunan ke arah ini wajib dilakukan dari masa sekarang lagi, selagi mana wujud faktor faktor produktif yang tidak digunakan sepenuhnya, maka kerajaan hendaklah berbelanja tanpa mempedulikan the law of balance sheet yang hanya merupakan satu peraturan semata mata, bukanlah seperti the law of gravity.


Tapi jika kerajaan berfikir konon ianya bakal muflis dan mengalami kekangan kewangan, maka kerajaan tidak akan meningkatkan 'G' kerana takut akan meningkatkan jumlah defisit dalam perbelanjaan kerajaan. Kerajaan bodoh seperti ini dinamakan kerajaan Neoliberal. Kerajaan neoliberal tidak akan berbelanja defisit yang cukup bagi memobilisasi faktor faktor (sumber sumber) produktif yang tidak digunakan tadi kerana mahu memenuhi kehendak the law of balance sheet kononnya.


Kerajaan Neoliberal secara salah dan songsang akan mengurangkan 'G' atas alasan kekangan kewangan', dalam keadaan 'C' tidak dapat meningkat banyak kerana gaji tidak meningkat dan hutang isi rumah sudah tepu, dalam keadaan 'I' juga dipotong dengan membatalkan projek infrarakyat yang didana'i secara off balance sheet. Dengan 'X' yang tidak menentu; maka wajiblah GDP negara dan pertumbuhan ekonomi negara tidak akan memberangsangkan.


Ini adalah macro acounting dan wajib benar, inilah kaedah pengiraan GDP yang digunapakai oleh semua negara dan institusi di dunia. Ia bukan sekadar teori seperti teori mainstream neoclassical economy yang betul betul percaya pada teori loanable fund mengarut itu bersandar pada asumsi yang dikonstruk untuk membenarkan teori semata.


Ingat, sekiranya pertumbuhan ekonomi negara rendah, maka . . .


SEMUANYA SALAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN kerana melaksanakan polisi ekonomi austerity ikat perut memotong perbelanjaan kerajaan selaras dengan ideologi ekonomi Neoliberalisme anutan mereka, bagi menjayakan projek ekonomi Mahathir Daim.
Dalam posting berikutnya Admin akan terangkan berkenaan konteks hutang negara di Malaysia pula. – UMNO ONLINE


MR :  Artikel ini perlu dibaca dengan pengetahuan ekonomi... kalau tidak tak perlu baca..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan