Header Ads

ads header

Flash News

Imbas Semula: Tengku Adnan jawab dakwaan Tun M


“Apa yang saya sudah curi sedangkan saya banyak guna harta saya sendiri untuk membantu rakyat,” kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dua muka surat bagi menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menuduhnya ‘pencuri’ pada siri ceramah pembangkang, di Putrajaya, malam tadi.

Tengku Adnan turut mempersoalkan kontrak mana yang beliau ambil, sedangkan beliau adalah ahli perniagaan dan diisytiharkan antara orang terkaya di Malaysia pada 1992, yang kemudiannya terbabit dalam politik.

“Sudahkah Tun (Dr Mahathir) lupa, waktu beliau susah, saya menyumbang tenaga mempertahankan beliau daripada serangan reformasi.

“Tun lupakah jasa saya ketika itu? Saya berpihak kepada beliau walhal Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih banyak menyumbang dalam perniagaan saya.

“Tun, saya bukan pencuri. Dengan harta yang saya ada ini, saya bersyukur kerana dapat membantu rakyat. Biarpun nilai harta saya semakin berkurangan saban tahun, saya gembira dapat membantu rakyat dengan duit yang saya ada,” katanya yang juga Setiausaha Agung BN.

Tengku Adnan berkata, menceburi politik tidak menambahkan kekayaannya seperti yang dituduh Dr Mahathir, sebaliknya menggunakan harta sendiri untuk membantu rakyat dan warga Putrajaya.

Mengenai tuduhan bahawa beliau ‘mengadu’ kepada Dr Mahathir kerana tidak dilantik sebagai menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sekitar 2004, Tengku Adnan berkata, tuduhan itu tidak benar kerana pada ketika itu Perdana Menteri adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, beliau digugurkan sebagai menteri pada zaman Abdullah dan menjawat jawatan menteri di bawah tampuk kepemimpinan Najib.

“Biarlah jawapan ini memberi pertimbangan kepada mereka yang cintakan kebenaran mengenai apa sebenarnya yang berlaku selain membuktikan bahawa Dr Mahathir sudah berbohong,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, beliau sudah maklum lebih awal mengenai program ceramah dihadiri Dr Mahathir malam tadi dan meminta warga Putrajaya, khususnya anak muda supaya tidak mengganggu majlis itu.

“Kami tahu ramai orang luar membanjiri sesi ceramah beliau, tetapi jangan lakukan fitnah.

“Tun, janganlah berpolitik dengan melakukan pembohongan serta cuba mengelirukan rakyat dan warga Putrajaya. Penduduk di sini sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya selama ini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan Dr Mahathir supaya menjalankan kempen berpaksikan kebenaran tanpa melakukan fitnah demi fitnah terhadap pihak lain.

“Tun, sudah-sudahlah. Zaman beliau sudah berlalu. Era pentadbiran, kepemimpinan dan perjuangan Tun sudah tidak relevan lagi.

“Jika Dr Mahathir yakin untuk menang, apa perlunya membuat surat terbuka kepada orang ramai khususnya ahli UMNO supaya menyokong beliau sedangkan selama ini beliau yang mengkhianati perjuangan UMNO dengan melempar pelbagai tuduhan,” katanya.

Katanya, adalah lebih elok Dr Mahathir membuat surat terbuka kepada ahli PKR bagi memohon maaf atas reformasi yang dilakukan berpunca daripada keputusan beliau ketika bergelar Perdana Menteri dahulu.

Mengakhiri kenyataan itu, Tengku Adnan meminta Dr Mahathir supaya tidak mempergunakan rakyat, merosakkan bangsa dan cuba membinasakan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mei 2018 @ 7:02 PM


MR :  Semasa artikel ini dikeluarkan 2018, orang tak tahu berapa harta dia.. Mencari kisah atau cerita lama untuk menentukan kebenaran... Jangan kita dimanipulasi dalam membuat keputusan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Nah.. sila tgk anak2 tunkutty kaya sebab apa..
    Haha dan si pm penunggu tu beli privatejet duit dari mana??
    Kan dia jadi tetamu penjara??

    Dstatm memang dah tersohor kaya sebelum terlibat politik lagi, jadi apa salahnya dia terus kaya walaupun terlibat dlm politik.
    Malahan kekayaanya menurun ratusan juta bila melibatkan diri dlm politik.. bukan bertambah berkali ganda, tapi berkurang. Kira dia orang jenis ok la tu.

    BalasPadam
  2. Kepada Tengku Nan tak usah lah lagi nak layan orang tua gilo meroyan tu!

    Go ahead, fokus kepada perkara2 yang memberi faedah kepada rakyat! Fitnah2 orang tua tu dah tak laku lagi!

    BalasPadam
  3. Sudah-sudah..kamu kata tun berbohong..kamu juga berbohong udah-udah le ku nan...drama dari kamu tak terkesan

    BalasPadam
  4. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan.....anak2 muda yg hidup era teknologi harus belajar sejarah jgn suka cakap yg bukan2

    BalasPadam
  5. Dah tua sgt dh Tun...bawa2 lah berehat biarlah mereka yg muda2 ni belajar mentadbir negara....

    BalasPadam
  6. Jangan nak tuduh sidia tu pengkhianat bangsa...sidia ni pengkhianat bangsa..... sebenarnya kamu yg gila kuasa harta pengkhianat sebenarnya,jahanam bangsa kerana bangsa tu sendiri

    BalasPadam
  7. assalamualaikum wbtuh sasiah/politik itu baik, tetapi sebahagian orang orang di dlm politik itu yg menjadi kan politik tdk baik

    BalasPadam