Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Warisan bergolak: ADUN Warisan, UPKO, PH Dijangka Sertai Parti Kerajaan Persekutuan


Kerajaan Warisan dan sekutunya Pakatan Harapan (PH) Sabah yang kini berstatus pembangkang berikutan kejatuhan Kerajaan PH, dijangka bergolak.

Ini berikutan terdapat ura-ura Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan dan rakan sekutunya parti UPKO, PKR dan DAP akan mengalihkan sokongan mereka kepada parti kerajaan yang memerintah di peringkat Persekutuan.

Sabah menjadi negeri pembangkang pada Ahad (1 Mac 2020), untuk kali pertamanya sejak 1994 dengan tertubuhnya Kerajaan Persekutuan baharu di bawah Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Menteri, Datuk Mohd.Shafie Apdal dan Ahli-ahli Parlimen Warisan telah mengisytiharkan menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad semasa bergolakan politik melibatkan pelantikan Perdana Menteri ke 8.

Sumber yang rapat dengan Warisan dan PH berkata, beberapa orang bekas ADUN UMNO dan BN yang telah menyertai Warisan dijangka berhijrah semula ke parti asal mereka atau ke parti lain terutama Parti Prubumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Star dan Parti Bersatu Sabah (PBS)

“Mereka sedang merancang untuk keluar dari Warisan dan parti sekutunya yang lain untuk menyertai parti-parti kerajaan kerana tidak mahu menjadi pembangkang di peringkat negeri”.

“ADUN-ADUN tersebut dahulunya menyertai Warisan dan UPKO kerana tidak tahan menjadi Wakil Rakyat pembangkang. Sebagai ADUN pembangkang mereka tidak diberi peruntukan ADUN untuk membantu pembangunan di kawasan yang diwakili”.

“ADUN pembangkang juga tidak diberi peluang untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan sama ada sebagai pengerusi atau ahli lembaga dalam agensi dan syarikat GLC kerajaan”.

“Selain itu pengikut dan penyokong mereka di kawasan juga tidak diberi peluang untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan lantikan politik di peringkat DUN dan kampung-kampung sama ada sebagai Ahli Majlis Daerah, Pemaju Mukim, Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil KAN, Ketua Kampung, Kapitan Cina, MPKK dan lain-lain”.

“Sebab itulah ramai dikalangan mereka telah melompat dan menyertai Warisan dan UPKO yang merupakan parti yang telah membentuk Kerajaan Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14”, kata sumber itu.

Walaupun UPKO dahulunya adalah parti komponen Barisan Nasional (BN), namun ia telah mengkhianati BN dengan bergabung dengan Warisan bagi membentuk Kerajaan Negeri yang baharu, walaupun BN Sabah dibawah pimpinan Tan Sri Musa Aman ketika itu telah membentuk Kerajaan Negeri setelah memperoleh mejoriti 31 kerusi apabila bergabung dengan Parti STAR yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Kini senario telah berubah apabila PH bukan lagi parti pemerintah di peringkat pusat dan Warisan yang merupakan rakan dan penyokong tegar PH juga akan menerima tamparan hebat.

Sumber itu menambah, pergolakan sedang berlaku dalam gabungan Kerajaan Warisan, apabila ADUN-ADUN mereka merancang keluar dari Warisan, UPKO dan PH Sabah.

Katanya demi kelangsungan “survival” politik, mereka tidak akan teragak-agak untuk “melompat” semula ke parti-parti politik yang memerintah di peringkat pusat.

“Tambahan pula sebanyakan Wakil Rakyat berkenaan yang telah menyertai Warisan dan UPKO menyesal kerana tidak diberi sebarang jawatan kerajaan termasuk pengikut mereka di peringkat DUN dan Bahagian”, katanya.

Sumber itu menambah, beberapa orang Wakil Rakyat Kadazan Dusun Murut (KDM) dalam Kerajaan Warisan juga merancang meninggalkan parti mereka.

“Ada dikalangan mereka telah menghubungi ketua parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai parti-parti tersebut”, tegas sumber itu.

Katanya, parti gabungan PH seperti PKR kini juga menghadapi pergolakan apabila ramai penyokong-penyokong Datuk Azmin Ali di Sabah bertindak mengisytiharkan keluar dari parti itu, termasuk ADUN dilantiknya, Jaffari Waliam dan mengikutnya.

“Hakisan sokongan yang begitu ketara juga berlaku dalam UPKO apabila beberapa orang pemimpin kanan mereka bersama-sama penyokong turut keluar parti sejak kebelakangan ini”, tambahnya.

Hakikatnya Kerajaan Warisan cukup bimbang dengan perubahan politik yang berlaku di peringkat Persekutuan kerana ianya turut menggugat kedudukannya di Sabah. – pr/BNN

https://pakdin.my/tag/warisan

MR :  Ni jenis lalang.. .


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan