Header Ads

ads header

Flash News

Keluar RM6,000 KWSP langkah drastik selamatkan ekonomi


Selasa lalu, sejurus selepas Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi krisis Covid-19, satu insentif paling menonjol dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

Pengumuman bahawa ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawh boleh mengeluarkan RM500 sebulan dari Akaun 2 selama tempoh 12 bulan, menerima pelbagai reaksi dari pimpinan politik, pencarum KWSP sendiri, malah bukan pencarum pun galak memberikan pendapat.

Pimpinan politik pembangkang, rata-rata mengkritik dan mempersoalkan insentif berkenaan dengan hujah bantuan sepatutnya datang dari peruntukan kerajaan, tetapi reaksi sebegitu sudah difahami kerana itu kerja mereka sebagai pembangkang.

Dalam kalangan rakyat, ramai yang menyokong dan tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa menggunakan wang tabungan hasil titik peluh mereka bekerja untuk kegunaan selepas bersara.

Ramai juga yang bersyukur kerana dapat menggunakan wang KWSP dalam keadaan yang sukar dan mendesak ketika ini.

Penulis berpendapat, langkah kerajaan memberi pilihan kepada pencarum membuat keputusan sendiri adalah langkah yang bijak dan praktikal berbanding menjadikannya satu perkara mandatori.

Penulis juga faham kenapa ada pencarum yang mengkritik keputusan kerajaan ini, tetapi kita mesti ingat sekarang adalah waktu yang cukup mencabar, penangan wabak maut yang pantas merebak ini membuatkan tiada sesiapa pun terkecuali daripada menerima kesannya.

Bukan sebilion atau 2 peruntukan sudah diumumkan kerajaan setakat ini pada ketika 2 sumber kewangan utama negara, hasil daripada industri petroleum dan pelancongan amat teruk terjejas.

Hakikat harga minyak terus menyusut angkara perang harga antara 2 pengeluar utama bahan api itu, Arab Saudi dan Rusia menyebabkan Malaysia bakal kehilangan kira-kira separuh daripada hasil kewangannya menerusi Petronas.

Pada masa yang sama, menular pula wabak berbahaya Covid-19 yang memberi impak teruk kepada industri pelancongan, sumber kewangan ke-2 terbesar negara kita.

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bermakna kemasukan rakyat atau pelancong dari luar disekat, menyebabkan pusat pelancongan dan hotel kosong, memaksa kerajaan menyuntik dana bagi merangsang serta membantu penggiat industri yang terkesan.

Ada juga suara menyarankan kerajaan menggunakan rizab yang ada kira-kira RM400 bilion, namun dalam konteks pengurusan kewangan sesebuah negara bersaiz Malaysia, ia bukan jumlah rizab yang besar.

Penggunaan rizab juga boleh memberi mesej yang salah kepada pelabur, kecuali rizab kita dalam nilai yang kukuh mencecah trilion ringgit.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$103 bilion setakat 13 Mac 2020, hanya memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bagi KWSP pula, ia mempunyai dana yang besar.

Setakat Oktober 2019, dana caruman terkumpul KWSP dilapor mencecah RM864.7 bilion dan mencapai RM924.7 bilion berdasarkan laporan terkini pada Februari lalu.

Mengambil kira jumlah ahli KWSP yang layak mendapat kemudahan pengeluaran Akaun 2 seperti diumumkan perdana menteri, nilai yang terbabit adalah sekitar RM40 bilion.

Ia sekali gus memberi ruang untuk dana kerajaan diguna untuk membantu rakyat dalam sektor lain yang bukan dari kalangan bukan pencarum KWSP.

Perlu diingat, dalam keadaan yang sukar sekarang, kecairan di pasaran tidak boleh dibiarkan terhenti tetapi perlu dipertingkatkan.

Caranya adalah menerusi perbelanjaan pengguna.

Jika orang ramai tidak berbelanja, makin banyak perniagaan akan “gulung tikar”, peniaga terpaksa tutup kedai dan akhirnya akan menyusul “teori domino” dengan kitaran ganas bakal terus meluas tanpa mampu dikawal lagi.

Apabila keadaan ekonomi berubah teruk, ketika itu tiada guna lagi kita berbicara mengenai simpanan untuk hari tua.

Jadi, segala macam bantuan kewangan diumumkan kerajaan adalah untuk membantu orang ramai berbelanja, termasuk pencarum KWSP menggunakan sedikit wang caruman untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Mungkin bagi sesetengah pihak, apalah yang boleh dibuat dengan wang RM500 sebulan, namun bagi rakyat kebanyakan terutama golongan berpendapatan rendah, kemudahan yang diberikan itu boleh diibaratkan sebagai “penyambung nyawa”.

Kita tidak boleh meramalkan apa akan berlaku pada masa depan.

Namun, harapan dan doa kita agar krisis Covid-19 berakhir segera dan ekonomi Malaysia pulih semula, membuka kemungkinan pelaburan dibuat KWSP meraih pulang memberangsangkan pada masa depan.

Ketika itu, mungkin simpanan RM6,000 yang dikeluarkan pencarum dapat ditampung dengan bayaran dividen lebih tinggi oleh KWSP.

Mungkin juga pada tahun-tahun mendatang selepas berakhirnya krisis sukar ini, pencarum KWSP sudah menjana pendapatan atau gaji lebih tinggi dan mendapat kembali RM6,000 wang caruman yang mereka gunakan bermula Mei ini.

Buat masa sekarang, usah kita terlalu risaukan hal-hal pada masa depan, sebaliknya tumpukan kepada kehidupan ketika ini.

Memetik kata-kata perdana menteri pada Selasa lalu, kita sekarang berada dalam waktu yang sukar.

Dalam waktu yang sukar, kita perlu berfikir luar kotak dan melakukan sesuatu yang luar biasa, jangan terlampau jumud dan berpandangan sempit.

Putri Zaiton Khushairi pembaca FMT.


MR :  Macai PH tak berfikiran luar kotak, dia orang duduk dalam kotak!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Langkah Kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 tahun akan memberi impak langsung kepada ekonomi. Dijangkakan RM40 bilion akan disuntikan dari pengeluaran EPF ini yang akan menggerakkan ekonomi negara tanpa perbelanjaan Kerajaan.

    Jika multiplier effect 10 kali, RM40 bilion itu akan menghasilkan nilai GDP RM400 bilion satu angka yang besar.

    BalasPadam
  2. Mungkin malaun PH kepala kotak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini tentu tak pernah masuk universiti

      Padam
    2. Tiada beza pakatan hancing yang tipu sijil dengan yang tak pernah masuk universiti

      Padam
    3. Najib lulus cemerlang dari universiti terkenal di Amerika lagi jadi penyamun

      Padam
  3. Wah ini pinjaman luar negeri ke? Bagus tu. Berapa banyak boleh dapat?

    BalasPadam