Header II

Header ADS

Hina polis di Facebook, mekanik didenda RM8,000


ALOR SETAR: Seorang mekanik dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Seksyen Alor Setar hari ini atas kesalahan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook pada 21 Mac lalu.

Mohd Fathi Hasan, 32, dari Kubang Pasu turut berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Seksyen Juraidah Abas selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) dengan niat menginaya orang lain.

Mengikut pertuduhan, Mohd Fathi dengan niat menginaya anggota PDRM dengan memuat naik status di media sosial dengan mengeluarkan kenyataan menghina polis yang menjalankan tugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan, di Jitra, Kedah pada jam 7 malam 21 Mac lalu.


Tertuduh melakukan perbuatan itu melalui aplikasi Facebook membuat penghantara komunikasi jelik mengatakan “Berok Mari Pulok Doh” berserta gambar anggota polis yang bertugas.
 
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Zubaidah Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mengikut fakta kes, gambar anggota polis yang dimuat turun dalam status lelaki itu dikatakan datang ke tempat itu untuk mengarahkan orang ramai yang dipercayai berhimpun di situ supaya bersurai disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa ekoran penularan wabak COVID-19.
 
Tertuduh ditahan di rumah sewanya di Taman Desa Murni.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. berok rugi 8k doh pulok

    BalasPadam
  2. Yang Kebal undang2 hanyalah Keling PARIA. KO TENGOK KELING YANG BUNUH ADIB TAK BERANI POLIS TANGKAP.
    KO MELAYU JANGANLAH NAK PANDAI BUAT SILAP, WAJIB SEKURANG2 JEL.

    BalasPadam
  3. Yang Kebal undang2 hanyalah Keling PARIA. KO TENGOK KELING YANG BUNUH ADIB TAK BERANI POLIS TANGKAP.
    KO MELAYU JANGANLAH NAK PANDAI BUAT SILAP, WAJIB SEKURANG2 JEL.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.