Header Ads

ads header

Flash News

Doa Yang Dimakbulkan


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Ada tiga golongan yang disebut dalam hadis di atas yang doa mereka tidak ditolak.

1) Orang berpuasa
2) Pemimpin yang adil
3) Orang yang dizalimi


Saya membayangkan beberapa peristiwa besar terhadap politik dan ekonomi negara ada kaitan dengan tiga golongan di atas. Mungkin betul, mungkin juga saya salah. Jangan serius sangat. Untuk muhasabah sahaja.

Kita terbalikkan turutan.

3) Orang yang dizalimi.
2) Pemimpin yang adil
1) Orang berpuasa.


DOA ORANG YANG DIZALIMI
Kejatuhan kerajaan PH mungkin atas asbab doa orang yang dizalimi dimakbulkan. Adakah kerajaan PH zalim? Buatlah survey ke atas rakyat non-partisan, rakyat yang kebanyakannya terkesan dengan polisi-polisi kerajaan PH. Muhasabah. Takyah laa tanya mahacai. Mahacai ni eWallet RM30 pun macam dapat RM2000 sebulan.

Ramai yang akan deny dan oppose pendapat ini. Tetapi bagi yang mahu bermuhasabah, cubalah renungi point ini supaya muhasabah anda itu lebih sharp dan telus. Ingatlah doa orang yang dizalimi itu tiada hijab antara dia dengan Tuhannya.

DOA PEMIMPIN YANG ADIL
Selepas doa orang yang dizalimi dimakbul, kini giliran doa pemimpin adil pula. Yang ini kita BELUM tahu, samada pemimpin kerajaan sekarang ini adil atau pun tidak. Kita mohon beliau berlaku adil. Dan apa yang kita nampak, beliau cuba untuk menjadi pemimpin yang adil. Kita tunggu tengok pengumuman inisiatif untuk rakyat 30 Mac kelak.

Apabila beliau berlaku adil, ketahuilah doa beliau akan makbul. Maka harapan kita beliau berdoa agar negara kita bebas daripada malapetaka dan kembali aman harmoni. Kepada TS Muhyiddin, berlaku adillah walaupun mahacai dan pembangkang masih tak puas hati dengan anda. Sesungguhnya doa pemimpin yang adil akan dimakbulkan.

DOA ORANG YANG BERPUASA

Next, selepas doa pemimpin yang adil, kita akan sama-sama berpuasa dalam bulan Ramadhan. Orang berpuasa dengan penuh keimanan akan dimakbulkan doanya. Menjelang Ramadhan, persiapkanlah diri kita untuk memasuki bulan penuh barakah, Ramadhan Mubarak.

Jika kita tidak ready dari sekarang, kita akan terhegeh-hegeh baru nak panas enjin pada awal Ramadhan. Sedangkan jika kita sudah ready dari sekarang, 1 Ramadhan sudah boleh beribadah dengan lancar. Dan ketika itu berdoalah sebanyaknya agar kita bebas daripada bencana dan malapetaka.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

MR :  Doa boleh mengubah...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan