Header II

Header ADS

Usul Percaya: Siapa ‘penakut’, tidak sokong Tun M?


KUALA LUMPUR: PAS akan tetap membawa Usul Percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah satu proses demokrasi yang membuka peluang kepada Ahli-ahli Parlimen memberi undi kepercayaan tersebut.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan demikian kepada media yang bertanya lanjut perkembangan perkara itu kepadanya selepas Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, Marang, sebentar tadi.

“Walaupun kita tahu ada orang yang ‘penakut’. Penakut dengan usul ini. Kita (PAS) tak takut, orang tak sokong pun tak apa, kita biasa dengan kalah. Yang penting ialah kita mahu selamatkan negara. Bukan sahaja orang Melayu orang Islam, termasuk kaum lain.

“Adalah lebih baik kita memberi undi kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir yang sudah ada pengalaman memerintah paling lama. Bukan tak ada masalah (bawah teraju Tun), ada masalah, tapi (Tun) dapat mengatasi masalah, yang kita yakin.

“Kita minta supaya (Tun) diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal. Itu cadangan PAS. Dan kita ingin memberi cadangan yang paling munasabah. Dan kita tidak asing, kerana baru lagi Parlimen Lubnan, baru dua tiga hari ini membuat Undi Percaya kepada Perdana Menteri(nya),” kemuka beliau.

Menjawab pertanyaan media sebab pihak tertentu ‘penakut’ kepada Usul Percaya itu, beliau menyatakan sama ada pihak tersebut tidak percaya kepada Tun Mahathir atau kerana usul tersebut akan boleh membuktikan pihak itu sebenarnya percaya atau tidak kepada Perdana Menteri.

Jelas Ahli Parlimen Marang ini, dengan memberikan undi kepercayaan bermakna kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri teguh dan kuat serta mendapat dukungan rakyat kerana Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat, apatah lagi undi sebulat suara bermakna semua parti setuju.

“Kalau ada yang tak bersetuju, kita tahu siapa yang tak bersetuju. Biar sajalah. Pandangan saya, kalau Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu parti, dalam satu parti pun tak bersatu, termasuk DAP juga berpecah, saya tahu. DAP berpecah, PAN juga tidak sepakat.

“Daripada kita politiking dalam satu parti, sama-sama PH ataupun dalam satu gabungan PH, lebih baik kita selesaikan masalah memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri mengendalikan negara untuk tutup pintu krisis sesama sendiri,” kemukanya lagi.

Berpengalaman berada di Parlimen sejak tahun 1990 dan DUN Terengganu dari 1982, beliau mengakui pandangan media bahawa polemik peralihan kuasa dalam PH telah menyebabkan kelembapan pada pembangunan negara, bahkan juga tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, banyak masalah sedang berlaku termasuk kos sara hidup rakyat, inflasi, pertambahan jenayah, selain keselamatan negara juga terancam disebabkan tiadanya penumpuan kepada pentadbiran negara, sekali gus menuntut keyakinan diberi kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikannya.

“Dan kita (PAS) tak takut, tapi ada orang yang ‘penakut’. Takut apa? Bukan saya nak kipas, saya nak selamatkan rakyat. Lebih kepada melibatkan rakyat, tumpuan. Tak ada tanda tanya siapa nak ambil alih, siapa Perdana Menteri itu, tak ada tanda tanya.

“(Kalau) Jatuh…. pilih pengganti dia (Perdana Menteri) siapa dia? Sebab dia (Tun Mahathir) kenal semua. Dia kenal, sebab dia paling lama yang ada ini,” terang beliau. – HARAKAHDAILY 14/2/2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Nindya vabella...woi kaum pendatang aka cina babi menyondol @ india keling paria jengong..x abis2 promosi bende bodoh,,baek ko post gmbo mak ko tekangkang,,x pon nenek ko tengah menonggeng,,hak tuihhh

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.