Header Ads

ads header

Flash News

Penguat kuasa MPSJ digantung tugas serta-merta


KUALA LUMPUR – Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang terbabit dalam pergaduhan dengan warga emas di pusat komersial USJ 9, Subang Jaya digantung tugas sementara dan siasatan terperinci sedang dilakukan agensi itu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan, berkata pihaknya memandang serius insiden tindak balas berkenaan dan anggota itu akan ditarik balik tugasan penguat kuasa sementara.

“Siasatan dalaman yang adil dan terperinci juga akan dilakukan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Insiden pergaduhan itu menjadi tular sejak semalam dan menerima reaksi pelbagai pihak di media sosial.



Ia dikatakan bermula apabila seorang warga emas tidak berpuas hati kenderaannya ditarik sepasukan penguatkuasa MPSJ dan bertindak memukul salah seorang daripada mereka menggunakan payung lalu ia dibalas semula oleh mangsa secara agresif.

Noraini mengesahkan kejadian itu dan berkata pemilik kenderaan itu tidak berpuas hari dikenakan tindakan penguatkuasaan tunda dan cuba melepaskan kenderaan daripada alat tunda seblum memarahi dan memukul anggotanya.

“Kesalahan trafik dan memukul pegawai bertugas adalah jelas,” katanya.

Beliau turut menasihati, sekiranya orang awam tidak berpuas hati dengan sebarang tindakan penguatkuasaan, mereka boleh mengemukakan aduan rasmi kepada MPSJ. “Mereka juga boleh ke Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut,” katanya.


MR :  Jangan hairan banyak perkara pelik berlaku semasa pemerintahan PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bodoh punye china babi,,,ngan penguatkuase pown nk lawan,,,
    Pasnie jumpe menteri kaum china babi boleh ajak betumbok,,,lepas betumbok kte mintak maaf....bodoh piang punye kaum china babi menyondol

    BalasPadam