Header II

Header ADS

Raja Abdullah Beri Dana Politik Untuk Dimasukkan Ke Akaun Peribadi Dato Seri Najib


Bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar memberitahu mahkamah Dato Seri Najib mendapat penghormatan tertinggi negara Arab Saudi.

Raja Abdullah berikan dana politik khas kepada Dato Seri Najib atas dasar hubungan peribadi yang sangat baik dengan Dato Seri Najib.

Datuk Syed Omar maklumkan kepada mahkamah beliau diberitahu tentang dana politik tersebut oleh Dato Seri Najib.

Datuk Syed Omar juga beritahu mahkamah individu yang berada di dalam pertemuan dengan Raja Abdullah adalah Dato Seri Jamil Khir dan Prince Turki (anakanda Raja Abdullah)

Dato Seri Jamil Khir pula dipanggil untuk menjadi saksi dan beliau mengesahkan hadir dalam pertemuan antara Dato Seri Najib dan Raja Abdullah tersebut.

Dato Seri Jamil Khir maklumkan kepada mahkamah Raja Abdullah bersetuju bantu Dato Seri Najib.

Dato Seri Jamil Khir turut maklumkan mahkamah Raja Abdullah sendiri mahukan dana politik tersebut dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi Dato Seri Najib.

Raja Abdullah tidak mahu wang tersebut masuk ke dalam tabung politik, itu kemahuan Raja Abdullah sendiri!

Dato Seri Jamil Khir ketika menjawab soalan Tan Sri Shafee memberitahu mahkamah "Arab Saudi amat percayakan rakan mereka dan sanggup berikan apa sahaja kepada rakan baik yang mereka percaya".

"Pemberian hadiah adalah merupakan budaya Arab Saudi dan kadang kala nilai hadiahnya tidak masuk akal".

"Sebagai contoh, jika mereka berikan hadiah jam tangan, mereka akan beri dari jenama termahal seperti Rolex".

"Itupun dari siri yang jarang dijumpai dan istimewa berharga ratusan ribu ringgit!"

Dato Seri Jamil Khir turut tunjukkan kepada mahkamah hadiah yang beliau terima dari Menteri Haji Arab Saudi iaitu sebatang pen yang bertatah berlian yang mempunyai surat beranaknya sendiri!

Mahkamah bersambung esok.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.