Header II

Header ADS

Saman sekolah vernakular, peguam buka gelanggang lawan 11 defendan


KUALA LUMPUR
– Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini, untuk menjadi pencelah kes saman sekolah vernakular.

Menurut peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, antara pencelah itu ialah tiga bagi pihaknya selaku plaintif sekolah vernakular, manakala 11 lagi bagi pihak defendan.

Katanya, tiga mencelah bagi plaintif ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Pencelah bagi plaintif pula ialah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Pertubuhan Generasi Baru Melaka dan Gapena.

Manakala 11 pencelah bagi pihak defendan ialah parti Gerakan, Persatuan Gabungan Kebajikan Guru-Guru Bersara Sekolah Tamil, Dong Zong, Persatuan Thamilar Thirunal Perak, Jiao Zong, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil, parti MIC, parti MCA, Persatuan Thamizar, Majlis Bahasa Cina Malaysia dan Persatuan Tamil Neri Malaysia.

Menurut Khairul Azam, beliau asalnya hanya menamakan Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia sebagai pihak yang disaman dalam isu sekolah vernakular.

Bagaimanapun, disebabkan sekolah vernakular itu menjadi isu nasional dan melibatkan kepentingan banyak pihak, maka defendan mahu terlibat sama secara aktif dalam saman itu dan melantik peguam serta memohon sebagai pencelah.

“Mahkamah akan mempertimbangkan permohonan mereka dari aspek bahawa mereka mesti memuaskan hati mahkamah, bukan sebagai penyibuk “busy body” dalam isu ini.

“Mereka mesti mempunyai kepentingan langsung dengan kes ini dan sebarang keputusan mahkamah nanti akan mempengaruhi perjalanan urusan mereka.

“Jadi, Inilah proses yang berlaku hari ini. Asalnya saya menamakan hanya dua pihak sebagai lawan saya dalam kes ini. Tiba-tiba ada 13 pihak lagi yang turut mahu masuk gelanggang pertempuran. Saya okey saja,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

November lalu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak untuk memberi kebenaran kepada pemohon (Mohd Khairul Azam) bagi memulakan tindakan mencabar keabsahan sekolah vernakular bertentangan dengan Perlembagaan.

Hakim Tan Sri Azahar Mohammad ketika membaca teks alasan penghakiman selama 43 minit memberi alasan, tindakan itu keseluruhannya adalah kelihatan berkaitan persoalan sama ada Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 sebagai bertentangan (ultravires) dengan Perkara 152 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Khairul Azam yang juga Naib Presiden penaja parti Putra Malaysia, baginya lebih ramai yang masuk melawannya, lagi baik, sekali gus menggambarkan isu sekolah vernakular bukan picisan.

“Ini adalah isu nasional. Tiada sesiapa akan menang atau kalah hari ini kerana perlawanan sebenar belum bermula. Hari ini hanyalah tarikh akhir pendaftaran peserta dalam perlawanan ini. – MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.