Header Ads

ads header

Flash News

Anwar tak layan dakwaan PAS beliau tak layak jadi PM


KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim tidak mahu melayan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang mendakwa beliau tidak layak menjadi perdana menteri kerana pernah dipenjarakan.

Presiden PKR itu berkata, sama ada kenyataan Takiyuddin ialah satu bentuk penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana memberi pengampunan penuh kepadanya tahun lalu, perlu dirujuk kepada peguam.

“Saya banyak lagi kerja daripada nak layan dia (Takiyuddin),” katanya selepas melawat bekas pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad di rumahnya hari ini.

Yazid pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah buah pinggang dan jantung pada Julai 2015.
 
Rabu lalu, Takiyuddin dalam satu ceramah di Sandakan, Sabah mempersoalkan jika rakyat mahu bekas banduan seperti Anwar sebagai perdana menteri mereka.

Katanya, sabitan dan hukuman liwat ke atas ahli Parlimen Port Dickson itu tidak boleh dipersoalkan kerana ia adalah keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Sebagai peguam, kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara, status seumur hidup (nya) adalah banduan.

“Jadi, mahu kita menjadikan seorang ini sebagai PM kita?” soalnya yang dibalas hadirin dengan jawapan “Tidak”.

Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan menggesa Takiyuddin memohon maaf secara terbuka kepada Anwar dan menarik balik dakwaan itu yang disifatkannya berniat jahat, biadab dan melampaui batas.

Katanya, dakwaan Takiyuddin itu secara tidak langsung memperlekehkan pengampunan diraja yang diberikan kepada Anwar tahun lalu.

Anwar dibebaskan lebih awal pada 16 Mei 2018 kerana berkelakuan baik, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan hukuman penjara 5 tahun bermula Februari 2015.

Pengampunan diraja memansuhkan sekatan untuk Anwar menyertai politik selama 5 tahun selepas dibebaskan.

Dalam perjanjian dengan pimpinan Pakatan Harapan, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri selepas 2 tahun memimpin negara.


MR :  Layan apa PAS, PAS kuno nak ikut Islam, mana boleh sentuh-sentih, peluk-peluk


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Kita sebagai rakyat yang bermoral tinggi menolak calon PM yang pernah dipenjarakan beberapa kali kerana kes jenayah kerana sesiapa sahaja yang mahu menjadi pemimpin negara mestilah mempunyai integriti untuk mentadbir negara ini.

    Penyokong dan barua bekas banduan yang tidak bermoral akan melantik penjenayah seperti pencuri, penyamun, peliwat, perogol, perasuah dll sebagai pemimpin mereka untuk melingkupkan negara.

    BalasPadam
  2. Mengapa ketua pemuda parti dajjal mata satu tidak menggesa kepala bapak liberal memohon maaf secara terbuka kepada ulama Islam dan parti Islam dan menarik balik dakwaan yang tidak berasas kepala bapak liberal itu terhadap ulama Islam dan parti Islam yang disifatkan berniat jahat, biadab dan melampaui batas. ?

    BalasPadam
  3. mahkamah ..agong..peguam..semua hukum manusia..sumpah laknat je lah senang... tu antara nuar dgn Allah..sebagai org islam yg beriman takkan tak yakin untuk bersihkan nama sendiri...ingatlah..berani kerana benar..
    -lup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hakim menghukum seseorang berdasarkan bukti dan saksi.

      Jika hakim menghukum seseorang, keputusan hakim sudah tentu berdasarkan bukti dan saksi dan kegagalan orang kena tuduh untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

      Jika hakim telah melakukan kesilapan, sudah pasti mahkamah peringkat yang lebih tinggi akan membatalkan keputusan hakim tersebut.

      Jika Nua telah dipenjarakan oleh hakim berdasarkan bukti kukuh dan saksi dan kegagalan Nua sendiri untuk menimbulkan keraguan, maka Nua dan pengikutnya sepatutnya menerima hakikat ini.

      Padam
    2. Puak munafik tidak percaya pada sumpah laknat maka mereka sanggup bersumpah laknat untuk menegakkan benang basah.

      Oleh sebab terdapat bukti dan saksi dalam kes liwat dll, maka orang yang kena tuduh memang patut dibicarakan dan dihukum jika hakim mendapati orang kena tuduh bersalah.

      Padam