Header Ads

ads header

Flash News

9 Mangsa Kini Di ICU, MB Johor Kata Tak Perlu Isytihar Darurat, Jangan Percaya Khabar Angin


Meskipun seramai 506 orang mangsa direkodkan hari ini sahaja berikutan pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir, Khamis lepas, kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata sembilan mangsa dilaporkan berada di unit rawatan rapi ICU selepas terhidu bahan beracun itu.



Bagaimanapun menurut Menteri Besar Johor, Osman Sapian, situasi pencemaran setakat ini terkawal dan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan berkenaan.

Osman yang mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hampir tiga jam tadi berkata, rakyat juga diminta jangan mempercayai serta menyebar maklumat-maklumat tidak benar yang tular sebaliknya sentiasa mengikuti informasi yang betul dari saluran yang benar.

“Sebenarnya benda ini tidak ada menjejaskan begitu teruk kalau kita lihat pada hari ini. Cuma beberapa tempat. Ini pun bukan sepanjang masa, mengikut keadaan. Kadang-Kadang semasa panas itu, mungkin haba itu naik.

“Kita lihat dalam setiap laporan-laporan jabatan-jabatan ini, ini bukan satu perkara yang kita boleh anggap sehingga ada macam kita kena ‘declare’ darurat dan sebagainya, tidak. Jauh daripada itu, dalam keadaan yang terkawal,” katanya pada sidang media di Menara Aqabah, MPPG di sini sebentar tadi.

Osman berkata, mengikut bancian yang dibuat oleh pejabat pendidikan terdapat 42 sekolah di kawasan tersebut, namun bukan semua murid sekolah terjejas kerana pencemaran itu.

“Kita hendak cuba supaya benda ini tidak merebak kepada murid lain, kita tutup sementara. Itu pun sementara. Saya rasa dalam empat lima hari selepas kita ambil tindakan ini akan pulih.

“Kita akan menilai dari masa ke semasa. Kita akan bagi laporan mengikut kepada laporan-laporan jabatan-jabatan tertentu, pakar-pakar tertentu pukul 9 pagi dan juga 6 petang, kita akan melaporkan,” katanya.

Ditanya sama ada penduduk yang tinggal kawasan berhampiran perlu dipindahkan, beliau berkata, kawasan perumahan dimaksudkan tidak terjejas, sebaliknya hanya sekolah-sekolah.

“Kerana sekolah ini dia terdedah. Rumah ini dia tutup pintu dan sebagainya. Dan mereka yang duduk di rumah ini, biasanya dia tidak keluar sewaktu siang hari dan sebagainya. Dan sebahagian daripadanya kerja.

“Kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini dia tidak begitu terjejas. Hanya yang terjejas sikit adalah sekolah,” katanya.

Menurutnya, evakuasi penduduk tidak akan dibuat sementara waktu ini. - 13 Mac 2019.



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: