Header Ads

ads header

Flash News

PPSMI Yang Ditarikbalik Mau Dihidupkan Kembali ?


Berita tentang mau memberi kelonggaran bagi sekolah-sekolah melaksanakan tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) disuarakan kembali oleh Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia. Bantahan awal terhadap hasrat ditimbulkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) Datuk Dr. Hasan Mad. (UM, 13.3.2019: 12) Cadangan ini sebenarnya mencerminkan sikap berdolak dalik dan tidak tetapnya pendirian pihak pemerintah dan rakyat sedang menilainya.

Perlaksanaan PPSMI dulu dilakukjan tiga bulan selepas diumumkkan pada 2003. Berikutnya berlaku kekocohan, kerana tiada persediaan dari segi ketiadaan persediaan kurikulum, ketiadaan guru-guru terlatih, ketiadaan buku dan kesediaan murid kerana kejutan perlaksanaan.

Pengumuman yang dibuat juga mengejutkan pemimpin-pemimpin bahasa, pakar-pakar pendidikan dan ibu bapa. Akibat dari pengumuman ini timbul gerakan menentang perlaksanaan PPSMI hingga tertubuhnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatankuasa GMP (termasuk Sasterawan Negara seperti A. Samad) Said)telah menjelajah tanahair menerangkan mengapa PPSMI tidak sesuai dan perlu dimansuhkan. Berbagai forum dan seminar turut diadakan memperkatakan tentang PPSMI.


Salah satu seminar PPSMI ini diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor pada 14 Mac 2009 mulai dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara yang mengambil bahagian dalam forum ini ialah Datuk Dr. Hassan Ahmad Pengerusi (GMP). Datuk A.Samad Said Sasterawan Negara yang juga selaku Penasihat (GMP).

Dr. Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Penulis selaku ADUN Bang juga selaku Tuan Rumah dan beberapa lagi. Pemilihan tempat di Bangi kerana di sini terdirinya Universiti Kebanbgsaaan Malaysia lambang kejayaan perjuangan bahasa Melayu dan Kebangsaan.

Setelah 6 tahun perlaksanaan PPSMI dan 6 tahun perjuangan GMP dengan segala kepincangan PPSMI, maka pada 8 Julai 2008 Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Menteri Pelajaran pada masa itu telah menarik balik dan menangguhkan perlaksanaan PPSMI. Kegagalan perlaksanaan PPSMI ditaksirkan perbelanjaan yang dilakukan bagi perlaksanaannya adalah sebanyak RM 5 bilion.
Menurut Datuk Dr. Hassan Ahmad di dalam forum yang lebih kepada sambutan kejayaan menarik balik perlaksanaan PPSMI itu, kata Datuk Dr. Hassan Ahmad, ``


``Oleh kerana bimbangkan PPSMI tidak dimansuhkan, tetapi ditangguhkan kepada 2012, sebab itu GMP tidak akan dibubarkan, sebaliknya terus aktif bagi terus memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dengan kerjasama berbagai-bagai pihak.`` (Bangi Bandar Ilmu, 2012: 55-59).``
Jangkaan oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad benar-benar terjadi. PPSMI walaupun tidak dihidupkan kembali jangkaan 2012, tetapi kini ditimbul kembali. Ini mencabar pendukung-pendukung GMP, MPM (Majlis Perundingan Melayu) dan mereka yang peka terhadap perjuangan melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi dan Kebangsaaan di negara ini.

Perjuangan menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi dan kebangsaan tidaklah menghalang dari mendalami bahasa Inggeris, sebagaimana terlaksana kini pada pengajian-pengajian tinggi dan berbagai peringkat pengajian di sekolah. Banyak pendekatan yang boleh diambil yang tidak semestinya menggunakan bahasa Inggeris bagi matematik dan Sains. Peningkatan bahasa Inggeris dapatr dilakukan dengan peningkatan kaedah pengajaran bahasa tersebut di dalam masa yang diperuntukkan bagi bahasa itu sudah banyak dan mencukupi.

PPSMI setelah 6 tahun dijalankan nyata gagal, mengapa mau dikembalikan kaedah yang telah gagal ? Tidak adakah pendekatan lain yang lebih baik dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut ?


Sekian.




MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan