Header Ads

ads header

Flash News

Saranan MP Pas Agar Kerajaan Masukkan Peneroka Felda Baharu Sewajarnya Diberi Perhatian


Ahli Parlimen Kubang Kerian dalam ucapannya di Parlimen pada 19hb Julai dengan jelas memberi saranan kepada Kerajaan supaya tanah 360,000hektar yang diserahkan kepada FGV dimasukan peneroka yang baharu khasnya anak generasi kedua dan ketiga Felda.

Perjuangan anak-anak generasi kedua Felda sebelum ini memang menjadikan agenda kemasukan peneroka sudah lama sejak dari zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, namun terhalang kerana Kerajaan waktu itu telah membenarkan tanah ini dimajukan tanpa dimasukan peneroka, walaupun jelas dikatakan melanggar akta tanah ini.

Tanah ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan besar kepada kumpulan setelah ladang tanpa peneroka ini mulai mengeluarkan hasil lewat tahun 90an.

Pendapatan dari ladang ini mampu menghasilkan RM1.8bilion setahun ketika harga komuditi sawit mencecah paras harga BTS RM800 satu metrik tan.

Semasa penyenaraian FGV, tanah ini diserahkan kepada FGV sebagai aset utama untuk memastikan keyakinan pelabur besar untuk memberi saham-saham terbitan FGV dan telah niagakan dengan harga RM4.50sesaham.

Penyerahan tanah ini ditentang oleh aktivis anak generasi Felda, namum pihak kerajaan waktu itu tidak melayan bantahan dan meneruskan perbindahan kuasa ladang milik Felda kepada FGV dengan sembunyikan timbal balas transaksi besar ini.

Saranan YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan, Ahli Parlimen Kubang Kerian telah memberi harapan baharu kepada kami semua anak generasi kedua dan ketiga Felda kerana jika tanah ini dimasukkan semula peneroka, dijangka 80,000 rakyat khasnya anak peneroka felda akan berpeluang menjadi peneroka baharu.

NARAZA MUDA


MR : Peneroka baru perlu dimulakan daripada sekarang agar mereka mempunyai kemahiran yang bertaraf dunia....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Setiap minggu menjelang beberapa bulan sebelum PRU 14, ada saja kempen PH di setiap skim Felda terutama di Johor. Impaknya, Johor masuk dalam pelukan PH. Syabas dah tahniah kerana bantu PH merealisasikan impian warga Felda.

    BalasPadam