Header Ads

ads header

Flash News

Lagi Budak Bawah Umur Kahwin


TAKBAI (Selatan Thailand) – Isu perkahwinan rakyat Malaysia dengan budak 11 tahun warga Thai bulan lalu baru saja reda, kini timbul satu lagi perkahwinan budak bawah umur.

Walaupun kes terbaru antara budak perempuan 13 tahun dengan pemuda berusia 19 tahun itu juga menggunakan khidmat kadi dari Thailand, berita perkahwinan mereka tidak tersebar dalam media sosial seperti kes terdahulu kerana pasangan terbabit warga Malaysia.

Menurut kadi yang menikahkan mereka Ibrahim Husin, 67, majlis akad nikah pasangan itu diadakan di sebuah masjid di Kampung Pulau Nibong, dekat sini, pada 20 Jun lalu, dua hari selepas pasangan kontroversi pertama kahwin di Pekan Sungai Golok.

“Budak perempuan berusia 13 tahun itu dan pasangannya datang menemui saya bersama dua saksi dan seorang wali yang juga bapa saudara pengantin.

“Bapa saudara itu memaklumkan kepada saya bahawa gadis itu yang berasal dari Kelantan dan pemuda itu dari Terengganu ingin berkahwin dan beliau adalah wali mereka.

“Selepas saya meneliti segala dokumen berkaitan yang diserahkan kepada saya, saya bersetuju mengahwinkan mereka di Masjid Al-Uluwiah di sini, pada 20 Jun lalu,” katanya kepada NSTP ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ibrahim berkata beliau telah memaklumkan kepada pasangan itu bahawa perkahwinan mereka akan didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Narathiwat dan mereka juga perlu mendaftar perkahwinan dengan pihak berkuasa agama di Malaysia.

“Bagi saya, saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan betul. Mereka ingin berkahwin dan berdasarkan syariah, mereka boleh kahwin asalkan mereka ada wali sama ada bapa pengantin perempuan, adik lelaki atau saudara terdekatnya dan perempuan itu mestilah akil baligh,” kata pesara guru yang berpengalaman lebih 20 tahun menjadi kadi.

Bapa kepada empat anak itu berkata, perkahwinan membabitkan pasangan muda dan bawah umur dari Malaysia bukanlah kali pertama beliau lakukan.

“Sebelum ini, saya pernah mengahwinkan beberapa pasangan dari Malaysia termasuk budak berusia 12 tahun dan bawah 16 tahun tetapi perkahwinan mereka semuanya sah dari segi agama.

“Situasi begini biasa bagi saya dan penduduk Muslim lain di sini,” katanya.

Ibrahim berkata, terdapat 10 kadi di Jajahan Takbai yang dibenarkan Majlis Agama Islam Narathiwat untuk mengahwinkan pasangan termasuk mereka dari Malaysia.

“Saya percaya kes lelaki rakyat Malaysia berkahwin dengan budak 11 tahun warga Thai baru-baru ini tidak akan menghalang rakyat dari Malaysia untuk berkahwin di Selatan Thailand,” katanya.

Berkenaan kes peraih getah berusia 41 tahun yang mengahwini budak Thai itu, Ibrahim berkata, berita perkahwinan mereka tidak mengejutkan penduduk di sini.

“Seperti di Malaysia, berita itu tersebar dengan cepat di Thailand melalui media sosial terutama Facebook tetapi akhirnya berita itu senyap dengan sendirinya selepas kami dimaklumkan kes mereka telah selesai,” katanya.

Berita perkahwinan peraih getah itu dengan budak warga Thai jadi bualan hangat baru-baru ini, selepas isteri kedua lelaki itu memuat naik gambar perkahwinan suaminya dengan budak itu di Facebook.

Berikutan itu, peraih getah terbabit didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang dan dikenakan denda sebanyak RM1,800 kerana berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Budak 11 tahun itu juga dipanggil oleh Majlis Agama Islam Narathiwat untuk diambil keterangan.

Pasangan itu berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor dekat Sungai Golok pada 18 Jun lalu. – Harian Metro


MR : Perkahwinan adalah untuk erat persaudaraan, membantu keluarga, mengembangkan syiar dan agama.. Jika itu memenuhi sebenar sudah terlaksana tanggung jawab perkahwinan.. Umur bukan ukuran....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Syaitan mahu mengharamkan benda yang Allah halalkan.
    Ingatlah. Wan Azizah tu syaitan. Anwar Ibrahim itu pun syaitan.

    BalasPadam
  2. Cuba tanya ustadz : menharamkan benda yang halal itu apa hukumnya ?

    BalasPadam
  3. Kalau riba' tu Allah haramkan boleh pulak dihalalkan oleh manusia jahil. Sekarang benda yang Allah halalkan telah pun diharamkan oleh manusia jahil.

    Hanya kerana apa ? Kerana terikut-ikut dengan cakap dan cara hidup orang kafir.

    Tak hairanlah nanti ada ustad gay dan ustazah lesbian. Ustad gay akan kahwinkan lelaki sama kelaki , ustazah lesbian pulak kahwinkan perempuan dengan perempuan.

    Tidakkah ini mengundang murka Allah ? Tidakkah ini mengundang bala ?

    BalasPadam
  4. Aku sokong had umur kawen perlu dinaikkan atas 17/18 tahun keatas.. dlm bab ni aku sokong org barat.. kawen dgn budak 12 tahun.. bangang ke apa.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu akan dibangkitkan di akhirat bersama golongan yang kamu cenderungi.

      Menyesal tak sudah nanti.

      Padam
  5. Apakah perkahwinan ?

    1. " Perkahwinan" fahaman barat tidak sama dengan "perkahwinan" fahaman Islam.

    2. Perkahwinan fahaman barat adalah "union of man and woman" siap ada kontrak lagi , tapi perkahwinan fahaman Islam ialah "Ijab dan Qabul" dan tiada kontrak selain daripada apa yang telah digariskan dalam syariat.

    3. Dalam Islam ,syariat sudah membuat garis panduan antara suami isteri secara jelas dan terang. Dalam syariat ada garis panduan tentang menjaga kehormatan dan kesucian zuriat , menjaga keperluan dalam berumahtangga dan menjaga harta.

    4. Dalam fahaman barat , perkahwinan ini tiada syariat dan tiada hukum. Buat suka hati kamu.

    5. Oleh itu mana mungkin kamu boleh samakan perkahwinan fahaman barat dengan perkahwinan mengikut syariat Islam ?

    6. Mengaplikasikan apa yang difahamkan oleh barat sebagai "Child marriage as abuse" tidak berpadankan dengan perkahwinan dalam syariat yang menuntut penjagaan kesucian zuriat dan hubungan kelamin serta adab suami isteri.

    Kamu faham tak ?
    Ha ini kita perlu perjelaskan kepada semua manusia. Ini kewajipan kita.

    BalasPadam
  6. People always say " Do not impose Islam on others "

    But what is happening is completely the opposite : you are imposing your beliefs on the Muslims.

    BalasPadam