Header Ads

ads header

Flash News

Sultan Kelantan perkenan potong 6 bulan emolumen diraja



Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan mengembalikan emolumen diraja kepada perbendaharaan negeri selama enam bulan bermula April ini bagi meringankan beban rakyat, kata Pengelola Istana Diraja Kelantan, Nik Shafirman Nik Hassan.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan pendekatan diambil Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengembalikan semula bayaran tersebut mulai Mac hingga Ogos depan.

"Baginda berharap emolumen diraja yang dikembalikan itu dapat diuruskan sewajarnya oleh pejabat setiausaha kerajaan Kelantan supaya dapat membantu meringankan beban rakyat yang terjejas berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan.

"Baginda turut mengingatkan seluruh rakyat supaya bekerjasama membantu barisan hadapan negara dengan mematuhi PKP. Ia adalah langkah itu tepat dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

"Sultan Muhammad V turut berharap rakyat dapat bersabar dan melihat PKP dalam konteks positif iaitu meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga, bermuhasabah dan beribadat.

"Selain itu, baginda sempat berpesan supaya rakyat sentiasa bertimbang rasa dan saling membantu antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, langkah pemotongan emolumen diraja itu diambil oleh Sultan Abdullah Shah dan Tunku Azizah Aminah bagi membantu meringankan beban kerajaan persekutuan dalam menangani pandemik Covid-19.


Sementara itu, Sultan Muhammad V turut menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan barisan hadapan negara kerana memberikan khidmat terbaik kepada negara.

"Baginda turut mengajak rakyat untuk berdoa ke hadrat Allah S.W.T supaya penularan Covid-19 ini dapat dikekang dan barisan hadapan yang sedang berjuang menyelamatkan pesakit sentiasa diberikan ketabahan serta kekuatan dalam melaksanakan tugas mereka.

"Tuanku turut menghulurkan sumbangan alatan perubatan kepada hospital yang merawat pesakit Covid-19 di Kelantan.

"Antara peralatan berkenaan ialah peralatan perlindungan diri (PPE), 3M Goggles, pelindung muka, termometer dan peralatan kecil unit rawatan rapi (ICU)," jelas Nik Shafirman.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan