Header Ads

ads header

Flash News

Menteri kesihatan menawar letak jawatan selepas membuat tindakan bodoh


WELLINGTON: Menteri kesihatan New Zealand menyifatkan dirinya “bodoh” pada Selasa kerana melanggar sekatan keluar masuk, tetapi beliau mampu mengekalkan jawatannya disebabkan krisis Covid-19.

David Clark berkata, beliau sudah menawarkan peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Jacinda Ardern selepas mendedahkan dirinya memandu sejauh 20km untuk ke pantai bersama keluarganya.

Clark mengakui perjalanan itu jelas melanggar sekatan keluar masuk, di mana rakyat perlu duduk di rumah, dan jawatannya sebagai menteri kesihatan bermakna beliau perlu menjadi teladan baik kepada rakyat.

“Ketika kita meminta rakyat New Zealand membuat pengorbanan bersejarah, saya telah mengecewakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya bodoh dan faham mengapa rakyat akan marah dengan saya.”

Clark berkata, beliau turut memandu sejauh 2km bersama keluarganya, yang menurutnya tidak melanggar peraturan sekatan keluar masuk.

Ardern berkata, dalam keadaan normal, beliau akan memecat Clark – tetapi beliau sebaliknya melucutkan peranannya sebagai menteri kewangan bersekutu dan menurunkan pangkatnya dalam Kabinet.

“Apa yang beliau lakukan salah dan tiada alasan untuknya.

“Tetapi buat masa ini, keutamaan saya ialah perjuangan bersama kita memerangi Covid-19. Kita tidak mampu menghadapi gangguan besar dalam sektor kesihatan atau respons kita. Atas alasan itu, Dr Clark akan mengekalkan peranannya.”

Ketua pegawai perubatan Scotland, Catherine Calderwood meletak jawatan Ahad lalu kerana melanggar peraturan selepas 2 kali pergi ke rumah keduanya, walaupun mengetuai kempen iklan meminta rakyat Scotland duduk di rumah.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Nampak tak perbezaan politik orang barat dan politik Malaysia

    Alhamdulillah, pemimpin PN yg diterajui oleh TSMY dan TGHH akan mematangkan lagi politik Malaysia untuk menubuhkan satu budaya proaktif bukannya reaktif.

    Kita lihat politik PH, semuanya reaktif. Dari isu manifesto sampailah ke isu coronavirus, semuanya reaktif, semuanya bersifat tindak balas.

    Nah tengoklah TSMY, kerana tindakan proaktif lah, PKP diperkenalkan dan kini diakui dunia sebagai tindakan yg paling tepat setelah kegagalan kerajaan PH meletakkan pelawat China ke kandang lembu!

    Lihat Italy, Spain, Germany, UK, Hungary, semuanya dalam keadaan panik dan serba salah hingga kematian meningkat mencecah puluhan ribu, dan bandingkan dengan Malaysia yang tak sampai seratus kematian walaupun Covid sampai ke Malaysia dahulu.

    Jangan dengar cakap PH. Mereka itu semua pengkhianat, cakap besar, habuk pun takde. Tak cukup dengan tipu sijil, bila buat tindakan bodoh, semua tak mengaku, cakap berdegar-degar, tapi tiada substance. Umpama Tin Kosong, bunyi aje kuat, isi takde.


    BalasPadam
  2. Kejayaan terbesar kerajaan ph kepada rakyat ialah rumahnya roboh kerana angkara pemimpin dan pengikut bergaduh sepanjang masa 22 bulan..itu belum termasuk kes kes semasa proses pemilihan dalaman parti dalam ph... Sepatut macai kelas anak ayam seperti aris muluk patut malu dan belajar dari parti lebai yang rilek, matang dan sejahtera walaupun dikhianati rakan rakan rapat dalam panpinpon yang mana mereka ini lebih rela menjadi keldai kepada tokong dan patuh kepada ularmak dog and pig

    BalasPadam