Header Ads

ads header

Flash News

China catat sejarah tiada kematian baru sejak Januari lalu


BEIJING: China hari ini mencatat sejarah apabila tiada kematian baharu akibat COVID-19 bagi kali pertama sejak mengumumkan kematian bermula Januari lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, berkata pandemik itu di negaranya semakin pulih sejak Mac, namun kembali merekodkan kes akibat jangkitan import dari luar negara.

Pihak berkuasa Kesihatan China, melaporkan 32 kes baharu yang semuanya kes import menjadikan keseluruhan jumlahnya adalah 1,033 kes.

“Satu perempat kes terkini itu iaitu 30 kes tanpa gejala baharu juga adalah daripada kes import iaitu jangkitan dari luar negara,” katanya.

China pada mulanya tidak telus berkongsi perkembangan sebenar hingga menjadi kemarahan berikutan virus merebak dengan cepat ke seluruh dunia.

Wabak yang berpunca dari Wuhan pada penghujung tahun lalu dengan ramai penduduk disahkan dijangkiti virus itu.

Sementara itu, pihak berkuasa negara itu mengumumkan Wuhan sebagai bebas epidemik pada Isnin di 45 kawasan penempatan penduduk.

Sehingga kini sebanyak 81,740 kes dan 3,331 kematian dilaporkan di China dengan kebanyakan dari Wuhan dan sekitar wilayah Hubei.

Angka global pula mencatatkan lebih 70,000 kematian dengan Eropah dan Amerika Syarikat terjejas teruk akibat pandemik itu. -AFP



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Adakah rejim China Komunis telah memalsukan statistiks covid-19 atau sebenarnya rejim China Komunis mempunyai vaksin anti-covid 19 ?

    Adakah terdapat kemungkinan virus tersebut dihasilkan oleh rejim China Komunis itu sendiri sebagai senjata biologi ?

    BalasPadam