Header Ads

ads header

Flash News

Arak: Macai PH (Yang Berlebihan Amanah) jadikan isu politik, UMNO, PAS dan Bersatu bantah secara Profesional


Malaysiakini akhar Pro PH menyiarkan, berikutan bantahan oleh pemipim Umno, PAS dan Bersatu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan membatalkan kelulusan untuk syarikat Heineken Malaysia Bhd dan Carlsberg beroperasi semasa PKP.

Ini susulan daripada surat bertarikh 31 Mac oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kepada Heineken yang membenrkan pengeluar minuman beralkohol itu beroperasi semasa PKP.

Surat berkenaan ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, Hasnol Zam Zam Ahmad.

Heineken kemudian mengesahkan bahawa ia hanya dibenarkan beroperasi dengan 10 peratus pekerja semasa PKP.

Menjawab serangan AMANAH/IKRAM, Menteri Hal Ehwal Islam, Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan mengapa pada awalnya dilihat berdiam diri berhubung kelulusan yang diberikan kepada syarikat bir untuk beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Mengapa saya tidak membuat apa-apa ulasan? Mereka yang mengenali saya sejak menjawat jawatan mufti Wilayah Persekutuan 6 tahun lalu, pasti faham akan sikap saya.

"Apabila Imam al-Syafie ditanya berkenaan suatu perkara, adakalanya beliau diam sejenak dan berfikir. Dikatakan kepadanya: “Tidakkah kau mahu menjawab?” Beliau membalas maksudnya:

“Sehingga aku tahu kebaikan itu pada diamnya aku atau pada jawapanku.”," katanya.
Kata Zulfkili lagi, beliau juga amat tidak selesa untuk menjawab bagi pihak kementerian lain.

"Boleh jadi jawapan saya tepat atau salah.

"Malah, saya juga tidak mengetahui adakah apa yang saya fahami, benar-benar seperti yang dikatakan orang atau sebaliknya.

"Soalan-soalan yang berbaur kontroversi atau bertujuan melaga-lagakan saya dengan sesiapa sahaja, itulah yang terutamanya saya elakkan.

"Ini kerana, kalau saya tergesa-gesa menjawabnya, boleh jadi ia menjatuhkan maruahnya.


MR :  Malang bagi puak-puak AMANAH/IKRAM melihat isu ini sebagai senjata untuk serangan di mesdia sosial tetapi tidak menjalankan 'amanah' sebagai MP Islam untuk membantah mengikut saluran kerajaan.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Manusia yang bertuhankan medsos atau menjadikan medsos sebagai kitab suci mereka sudah pasti berbeza dengan lidah para ulamak yang merujuk kepada Al Quraan serta hadis. Ucapan dan tulisan bersandarkan kepada kebenaran serta dalil dalil yang jelas. Berbeza dengan medsos yang penuh dengan pembohongan fakta,fitnah,maki hamun,tuduhan palsu dan lain lain

    BalasPadam
  2. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan keatas portal portal news yang tidak menapis komen komen yang diberi oleh pembaca mereka yang tidak bertapak atas fakta dan menggunakan bahasa bahasa kesat yang kadang kadang menghina bangsa dan ugama, tak kira dari PH atau PN. Kalau tidak berkemampuan menapis tutup saja ruang komen.

    Sebelum ia melarat dan akan menjadi virus baru yang akan melihat ketidak harmonian antara bangsa dan ugama di negara kita. Kebebasan bersuara bukan bermakna mulut boleh celupar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya media massa rasis pro-DA-Pigs seperti msiakini dll ditutup kerana menyebarkan fitnah dan menghina Islam dan umat Islam.

      Begitu juga media Massa pro-Pee H yang telah menyebarkan pelbagai fitnah Dalam masyarakat untuk memecah-belahkan rakyat.

      Barua Pee H dan RBA DA-Pigs dan puak rasis bebas menulis komen yang penuh dengan maki hamun, fitnah, lucah dll terhadap agama Islam, ulama Islam dan parti Islam PAS dan umat Islam yang menyokong perjuangan Islam membela hak Islam dan hak umat Islam.

      Parti-parti politik yang menentang Pee H juga menjadi sasaran fitnah RBA dan barua tersebut.

      Mengapa KERAjaan Pee H membiarkan media massa tersebut dan barua mereka bebas menyebarkan fitnah, maki hamun, kelucahan, kebencian dan perkauman terhadap Islam dan umat Islam ?

      Mengapa KERAjaan Pee H membiarkan menteri-menterinya bersikap rasis terhadap agama Islam dan kaum Melayu Islam ?

      Padam
  3. Blogger cap ayam akan tetap mempertahan sesuatu perkara yg bersifat bathil.

    Hujahlah mana2 sudut pun.
    Bila bicara soal arak.
    Apapun keadaan nya tetap haram.
    Tak ada pkp pun tetap haram.

    Nak jilatpun jangan lah sampai kekelamin.
    Bau & menjijikkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengapa pemimpin-pemimpin KERAjaan Pee H tidak mengharamkan kilang Arak dan industri dosa besar lain di waktu mereka berkuasa ?

      Bahkan parti kafir harbi DA-Pigs menyokong pesta Arak terbuka. Mengapa pemimpin dan barua Pee H diam membisu takut menentang tuan kafir harbi mereka??

      Mengapa tidak ada pemimpin-pemimpin Pee H berguling-guling di atas jalanraya membantah industri dosa besar seperti kilang Arak di waktu mereka berkuasa dahulu ?

      Mengapa sekarang barua-barua Pee H sibuk mahu mengharamkan industri dosa besar seperti kilang Arak setelah KERAjaan Pee H tumbang ?

      Mengapa barua-barua Pee H berdiam diri di waktu Pee H berkuasa ? Bukankah ini membuktikan barua Pee H adalah barua lidah biawak yang bersikap hipokrit dan mengamalkan double standard?

      Bukankah ini membuktikan Pee H mempunyai agenda tersembunyi untuk menimbulkan kemarahan orang kafir terhadap kerajaan PN ???

      Di waktu rakyat menderita kerana wabak covid-19, barua dan pemimpin Pee H sibuk menangguk di air keruh berusaha untuk sabotaj usaha murni dan mulia kerajaan PN menolong rakyat dan mengawal wabak covid-19.

      Padam
    2. Ambe setuju samgat kenyataan Aris Muluk .. Salah seorang penyokong tegar acara October Fest

      Padam
    3. Arif Mukul,

      Islam dengan tegas mengharamkan Arak kecuali jika berlaku darurat.

      Walaubagaimanapun, orang kafir masih berhak minum Arak kerana Arak sebahagian dari budaya mereka dengan syarat aktiviti ini dilakukan di luar kawasan umat Islam dan tidak mengganggu umat Islam.

      Tindakan mengharamkan Arak ini boleh menyebabkan orang kafir tidak berpuas hati Dan menimbulkan permusuhan.

      Ingatlah Islam adalah agama yang berhikmah dan bijaksana.

      Padam
  4. SABOTAJ akan datang dalam pelbagai bentuk dalam suasana sekarang. Modal politik untuk menyerang PN sangat terbatas setelah PM MY membuat langkah berani mengumumkan peruntukan segera untuk semua rakyat terkesan Covid19, dalam keadaan negara dikatakn tiada duit.
    Jika dulu sistem komputer KLIA berjaya digodam, maka tidak mustahil banyak segmen boleh diceroboh untuk tujuan kacau ganggu pentadbiran kerajaan.Semoga Allah melindungi Malaysia daripada kejahatan.

    BalasPadam
  5. menteri MAYA P unah H arapan KADIR JASIN memperbodohlembukan DIRI dn penyokongnya bila menyamakan botol arak sama warna bendera pas.memang kaki fitnah waratawan besar ni...ingat PENA tu lebih tajam dari KERIS.yg jelas spt bintang komunis dn pakatan kencing rakyat..

    BalasPadam
  6. kadir jasin nak sapa solat jenazah tika dia mati?puak2 tunggang arak??

    BalasPadam
  7. RBA DA-Pigs dan barua liberal Pee H telah memusuhi, menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan Islam, ulama Islam, parti Islam dan umat Islam yang cintakan Allah Dan RasulNya.

    Jika RBA dan barua tersebut mati, sila panggil tuang guru gian end untuk solatkan jenazah mereka. Jirat China juga sesuai untuk jenazah mereka sebelum mereka dihalau ke Padang Mahsyar.

    BalasPadam
  8. ARIF MULUT 100% KOMEN ANDA DISOKONG

    BalasPadam
  9. bangsa kita ni sedang melalui fasa perubahan,

    dulu-dulu.. judi dan arak itu norma biasa bagi org melayu walaupun sesudah kedatangan islam ke benua nusantara ni..

    60-70-80an = fasa generasi X . Zaman p.ramlee sendiri sarat dgn semua masalah ni sampai kita boleh Nampak arak dan judi di dalam filem beliau..
    mabuk dan berjudi di jalanan itu norma bagi mereka.

    90an-millennium = generasi Y bermula..Suara-suara mula kedengaran dari rakyat untuk menghalang generasi seterusnya dari mudah mendapatkan arak dan judi.

    2001-2010 = fasa generasi Y berakhir, suara ulamak dan ahli politik mula kedengaran mempertikai kewujudan kilang arak dan menghalang judi ekor dari melebarkan sayap.. (ingat tak dulu hingga hampr setiap hari ada special draw)

    2010-2020 - Generasi Z pun tiba..Islam dan cara hidupnya semakin berkumandang ... arak dan judi saban hari dijadikan isu... walaupun tidak terlalu tegas tindakkan yang diambil, tetapi ummat islam dizaman ini lebih vokal dlm berdiskusi dan berpolitik.. maka dizaman ini lebih mudah untuk menghapuskan terus kilang arak di Malaysia.

    perlahan-lahan.. sedikit demi sedikit bangsa ini belajar.
    tidak saya nafikan, masih ada yg terjerumus dari kalangan org islam kita sendiri.. Tetapi jumlahnya semakin mengecil dan terasing.

    sungguh.. jika dapat dihilangkan arak dari bumi Malaysia ini alangkah beruntungnya kita sebagai rakyat.
    Tetapi jangan dilupa tiada perubahan yg boleh dibuat dalam sekelip mata.

    Bangsa yg lelah dari dirosakkan berabad lamanya ini kini sedang pulih, jati diri anak melayu sedang dibina melalui sejarah.

    Berilah masa... tak perlu nak dijadikan isu buat masa sekarang.
    Kerana PM-PM yg terdahulu bukanlah PM yg sekarang.

    BalasPadam