Header Ads

ads header

Flash News

Tiada Solat Jumaat Di Perlis Hari Ini


KANGAR –
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menitahkan solat Jumaat pada hari ini di negeri ini digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), titah Raja Perlis itu setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkembangan penularan Covid-19.

“Selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada pihak KKM mengenai Covid-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, maka MAIPs bagi menjunjung titah perintah dan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail memutuskan supaya solat Jumaat di seluruh Perlis pada 13 Mac 2020 digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

“Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh KKM.Kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat hari ini di seluruh negeri ini diganti dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

“Justeru itu pihak kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama hendaklah dielakkan,” titah baginda dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Baginda turut mengingatkan pengurusan masjid-masjid di seluruh Perlis mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini.

“Individu Muslim perlu mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan,” katanya. – Sinar Harian


MR :  Solat Jumaat tak sampai pun 2 jam... habis sekolah tu lebih 8 jam ok pulak?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan