Header Ads

ads header

Flash News

Senarai baru sokong Dr M tak jejas lantikan Muhyiddin, kata Rais


KUALA LUMPUR:
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Rais Yatim berkata, senarai 114 ahli Parlimen menyokong Dr Mahathir Mohamad, tidak akan menghalang pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 pada Ahad.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh melantik perdana menteri selepas berpuas hati seseorang calon itu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Kita berasaskan Perlembagaan Persekutuan, jadi Agong telah menggunakan kuasa di bawah Perkara 43(2)(a).

“Baginda tak payah bilang (semula sokongan ahli Parlimen),” katanya selepas ke rumah Muhyiddin di Bukit Damansara malam tadi.

Terdahulu, Mahathir mendedahkan senarai 114 ahli Parlimen yang menyokong pencalonannya sebagai perdana menteri ke-8, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Harapan di ibu negara malam tadi.

Perdana menteri sementara itu dilaporkan berkata, beliau akan menyerahkan akuan berkanun ahli Parlimen itu dan surat rasmi ketua parti kepada Agong, selain surat yang disediakan untuk menjelaskan kedudukannya.

Sementara itu, Rais percaya Mahathir tidak akan mengganggu kerajaan baru pimpinan Muhyiddin, selepas presiden PPBM itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada Ahad.

“Saya percaya beliau tidak mahu melihat negara ini kucar kacir, beliau sudah jadi perdana menteri selama 24 tahun.”

Beliau juga yakin dengan kredibiliti Muhyiddin untuk menerajui kerajaan baru.

“Saya yakin beliau dapat mengepalai kerajaan baru dengan satu semangat baru, anti-korupsi, anti-jenayah untuk perjuangan masa depan kita.

“Saya yakin beliau akan lebih bijaksana dan juga produktif dalam kerajaan yang dia pimpin.”

Muhyiddin dijangka mengetuai kerajaan baru yang terdiri daripada PPBM, Umno, PAS dan ahli Parlimen lain. Gabungan baru itu dijangka dikenali sebagai Perikatan Nasional.


MR :  masih ada yang rasional dalam Bersatu...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan