Header Ads

ads header

Flash News

Kami sokong Muhyiddin demi negara, kata GPS


KUCHING: Gabungan Parti Sarawak bukan anggota Perikatan Nasional yang akan membentuk kerajaan persekutuan baru, kata gabungan kerajaan negeri itu semalam.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat ketua menteri berkata, GPS hanya entiti politik yang menyokong Muhyiddin Yassin yang akan dilantik sebagai perdana menteri ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“GPS bukan anggota Perikatan Nasional tetapi hanya entiti politik di Sarawak yang memberi sokongan kepada Muhyiddin atas kepentingan negara dan bagi menyelamatkan Malaysia daripada ketidakstabilan politik. Ini dibuat tanpa mengorbankan kepentingan Sarawak,” kata kenyataan itu.

“Pada masa ini GPS hanya akan menjadi parti politik yang mesra Perikatan Nasional,” katanya.
GPS diketuai oleh presiden PBB Abang Johari Openg, yang merupakan ketua menteri. Terdapat 18 ahli Parlimen mewakili gabungan negeri itu.

Muhyiddin dinamakan sebagai perdana menteri baru semalam, sekali gus menamatkan kemelut politik selama 1 minggu selepas PPBM keluar Pakatan Harapan (PH) berikutan peletakan jawatan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai perdana menteri interim sepanjang minggu lepas.
Kerajaan negeri yang merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri baru ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Tiga kerajaan negeri ini diperintah oleh parti dalam gabungan baru “Perikatan Nasional” iaitu BN di Pahang, sementara Kelantan dan Terengganu dikuasai PAS.

Umno merupakan pembangkang di 2 negeri tersebut sehingga 2 parti itu membentuk kerjasama tahun lepas.



MR :  GPS memang hebat pemikiran politiknya.. Ni aku salute


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan