Header Ads

ads header

Flash News

Perikatan Nasional bakal ambil alih Kerajaan negeri Melaka


Perikatan Nasional dijangka mengambil alih kerajaan negeri Melaka dengan sokongan dua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) iaitu dari DAP dan PKR

Mereka adalah Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, dari DAP yang juga dikenali sebagai Hulk, dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis, dari PKR

Jailani pada sidang akhbar bersama Adun BN dan Bersatu hari ini, berkata, bahawa mereka tidak meninggalkan parti masing-masing tetapi menyokong kerajaan negeri baru dalam kapasiti peribadi.

Pengerusi Umno Melaka, Abd Rauf Yusoh pada sidang akhbar yang sama berkata kedua-dua mereka bersetuju untuk menyertai BN dan Adun Bersatu untuk membentuk kerajaan negeri baru.

"Kita ada 17 orang Adun sekarang," kata Rauf.

Rauf, bekas ketua menteri Idris Haron, dan duan Adun Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen dan Noor Effandi Ahmad sebelum ini berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob untuk menyatakan tujuan mereka membentuk kerajaan negeri baru.

Kerajaan Pakatan Harapan Melaka tumbang minggu lalu susulan tindakan Bersatu meninggalkan gabungan itu.


MR :  Negeri lain menyusul kemudian...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan