Header Ads

ads header

Flash News

Bimbang UMNO membalas dendam membuat Bersatu berpaling tadah


Pada 16 November tahun lalu, calon MCA Wee Jeck Seng mengalhkan calon Bersatu Karmaine Sardini pada pilihan raya kecil Tanjung Piai dengan majoriti lebih 15,000 undi. Calon yang mewakili Pakatan Harapan itu tewas di semua 128 saluran undi kecuali satu.

Sokongan untuk PH dilaporkan bukan sekadar terhakis di kalangan pengundi Melayu tetapi juga di kalangan masyarakat Cina yang percaya bahawa kepentingan mereka kini tergugat akibat tekanan dan desakan daripada kumpulan konservatif.

Ini mencemaskan penyokong Bersatu.



Sebulan sebelum itu, satu badan kaji selidik bebas mendedahkan bahawa kajian rambangnya mendapati populariti PH telah merosot kepada 35 peratus iaitu tahap paling rendahnya.

Walau bagaimanapun, perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad menolaknya dan berkata tinjauan berkenaan sebagai tidak tepat.

Gagal hancurkan Umno
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa apa yang berlaku di Tanjung Piai tidak dapat diterima oleh beberapa pihak dalam Bersatu, termasuk presidennya, Muhyiddin Yassin.

Sejak berkuasa pada 9 Mei 2018, PH mencuba segala daya usaha mereka untuk menghancurkan Umno tetapi gagal melakukannya.



Sebaliknya, Umno kelihatan semakin mantap, dengan para pemimpinnya meniupkan sentimen perkauman dengan kononnya hak-hak Melayu diketepikan di bawah kerajaan PH. Gabungannya dengan PAS memperkukuhkan kedudukan Umno.

Sebagai contoh, paling menjelikkan Dr Mahathir, adalah hakikat bahawa bekas presiden Umno Najib Razak masih mempunyai pengaruh yang sangat luas di media sosial dan mempunyai bilangan pengikut yang besar dalam acara-acara yang dihadirinya meskipun berdepan dengan pelbagai tuduhan berhubung skandal 1MDB. Isterinya, Rosmah Mansor, juga dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Paling lemah

Bersatu, kata sumber lain, adalah parti paling lemah di antara empat komponen PH.

"Keputusan Tanjung Piai membuat Bersatu menyedari bahawa jika ia berterusan bersama PH, ia berisiko akan dilenyapkan pada pilihan raya umum akan datang," kata sumber itu memberitahu Malaysiakini.



Tambahan pula, sumber itu mendakwa bahawa pemimpin Bersatu bimbang akan berlakunya dendam jika Umno kembali berkuasa.

"Sekiranya Umno memenangi pilihan raya umum akan datang, mereka boleh diheret ke mahkamah dengan cara yang sama PH mengheret pemimpin Umno dan BN ke mahkamah.

"Mereka lakukan apa sahaja terdaya untuk membunuh Umno - bekukan akaun, propaganda harian mengenai Tabung Haji, Felda, ugutan untuk menyahdaftarkan parti itu, mendakwa pemimpin mereka dan memujuk ahli parlimen Umno untuk berpaling tadah.

"Di sebalik semua ini, calon Melayu Bersatu terkubur di Tanjung Piai. Dia kalah kepada calon Cina dalam kerusi majoriti Melayu di negeri asal Muhyiddin di Johor.

"Jika kamu dalam kedudukan Muhyiddin dan pemimpin Bersatu, adakah kamu tidak bimbang?" soal sumber itu.

Balas dendam

Justeru, kata sumber, rampasan kuasa minggu lalu, yang menyaksikan Mahathir dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim tersungkur, bukan hanya mengenai politik.



"Mereka takut akan didakwa ataupun balas dendam.

"Kamu bekukan akaun kita, kecam pemimpin kita, curi orang kita (wakil rakyat Umno) dan gunakan segala jentera kerajaan yang ada untuk menyerang kita, dan mengharapkan kita tidak akan membalas dendam apabila kita tewaskan kamu pada PRU15?" soalnya.

Sumber itu berkata keputusan Mahathir untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri sehari selepas Langkah Sheraton juga melancarkan rampasan kuasa dan menyakinkan Muhyiddin, yang memimpin Bersatu keluar dari PH.

Semalam, Mahathir mendedahkan beliau telah meminta Muhyiddin menunggu sehingga perbicaraan rasuah terhadap pemimpin Umno berakhir sebelum memutuskan sama ada untuk bekerjasama dengan mereka.

MR :  Nampak tuduhan kepada pimpinan UMNO adalah tokok tambah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. gasak la ko org semua,bn ke,pas ke,pkr ke,dap ke,apa segala bagai,janji aku blh idup dgn aman,laki aku blh g keje,ckp bln trima gaji,,hang semua sama je...semua gila kuasa,yg terkesan rakyat..hang semua mcm x de akal u turn bolak balik...semua gila...hah...gasak le ko org....kos idup mcm tu jugak..makin mencanak naik...

    BalasPadam