Header Ads

ads header

Flash News

PAS kembali dalam Kerajaan Persekutuan selepas 1974, 1977


KUALA LUMPUR: Politik negara sekali lagi melakar sejarah baharu apabila barisan jemaah menteri Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, kembali dianggotai beberapa pemimpin PAS.

Kembalinya parti itu dalam pentadbiran kerajaan mengulangi peristiwa parti itu yang kali terakhir berada dalam Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan campuran Perikatan dari 1973 hingga 1974 dan Barisan Nasional (BN) dari 1974 hingga 1977.

Barisan jemaah menteri Kabinet kali ini, menyaksikan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Takiyuddin, 58, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya itu mula membabitkan diri dalam politik selepas menyertai PAS sekitar tahun 1989.

Bekas majistret itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong sejak 1999, kemudiannya sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu pada 2013 (sehingga kini) selepas Pilihan Raya Umum ke-13. - BERNAMA

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan