Header Ads

ads header

Flash News

14 pemimpin UMNO jadi Menteri, Timbalan Menteri


KUALA LUMPUR: Seramai 14 pemimpin UMNO dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Mereka yang dilantik ialah Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Kanan - Menteri Pertahanan; dan Setiausaha Agung yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan).

Seterusnya, Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, manakala Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang terpilih pula ialah Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sebagai Menteri Belia dan Sukan.


Datuk Noraini Ahmad (kiri), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (dua dari kiri), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kanan) dan Khairy Jamaluddin.
Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilantik sebagai Menteri Luar Negeri, manakala bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Muhyiddin turut melantik Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique, sebagai Menteri Perpaduan Negara, sementara Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba, sebagai Menteri Kesihatan.

Halimah pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala Dr Adham ialah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi.

Sementara itu, Ahli Parlimen UMNO yang dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Datin Mastura Yazid (Kuala Kangsar) di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).

Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri I, sementara Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah, menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, manakala Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan: