Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin Sakit Kanser, tapi Saifuddin Nasution sakit jiwa


PETALING JAYA: Seorang bekas menteri mempertahankan Muhyiddin Yassin selepas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution ketika mengkritik perdana menteri pada satu ceramah minggu lepas menonjolkan ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Kabinet atas sebab kesihatan.

Saifuddin Abdullah, yang bersepakat dengan Muhyiddin berkata, Muhyiddin seorang pesakit yang terselamat dari kanser dan menyertai mesyuarat Kabinet seperti orang lain apabila pulih.

“Mengatakan beliau hanya hadir sebulan sekali memberi gambaran keseluruhan yang salah. Kita boleh periksa kehadiran dengan ketua setiausaha kerajaan,” katanya

Muhyiddin menteri dalam negeri dalam pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, yang tumbang bulan lepas susulan kacau-bilau politik.

Saifuddin Abdullah berkata Muhyiddin pernah menderita kanser tetapi sudah pulih, dan bercuti sakit untuk beberapa waktu.

“Kita patut gembira dan beliau menunjukkan dia seorang pejuang, bukan menggunakan ia sebagai satu kelemahan.”

Pada satu ceramah pada Sabtu, Saifuddin Nasution bersimpati dengan Muhyiddin yang didakwa hanya menghadiri 1 daripada 4 mesyuarat Kabinet dalam sebulan kerana menderi kanser dan menjalani rawatan.

“Saya fikir, kalau dah kedudukan kesihatan macam itu sekarang ambil jawatan perdana menteri dengan tekanan, dengan segala macam, dia pesakit kanser, simpati saya pada dia,” kata bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu.

Seorang bekas menteri Pakatan Harapan, yang tidak mahu dinamakan berkata, Muhyiddin cuti sakit selama “beberapa minggu”, terutama selepas mengangkat sumpah.

Beliau berkata Muhyiddin juga mengambil cuti untuk “perkara-perkara lain”, termasuk semasa pilihan raya kecil.

“Tetapi beliau keluar negara untuk mesyuarat berkaitan kementeriannya,” tambahnya.

Pada 2018, Muhyiddin mengambil cuti sakit dan berada di sebuah hospital di Singapura selama beberapa minggu di mana beliau menjalami pembedahan untuk mengeluarkan tumor. Beliau juga menjalani kemoterapi.


MR :  Bukan sakit tetapi jiwa rosak, akhlak punah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan