Header Ads

ads header

Flash News

2 Adun DAP, 1 Amanah keluar parti isytihar sokong PN di Perak


Selepas Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri dari PKR, tiga lagi adun daripada PH mengambil langkah keluar daripada gabungan itu.

Ia sebaik selepas Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan pembentukan kerajaan Perak yang baru hari ini.

Tiga adun itu ialah Adun Tronoh Paul Yong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam - kedua-duanya daripada DAP - dan Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim daripada Amanah.

Keputusan Hasnol boleh dianggap sebagai tamparan besar buat Amanah memandangkan dia merupakan ketua pemudanya.

Mereka mengisytiharkan keluar parti masing-masing dan mengisytiharkan sokongan terhadap PN dalam sidang media di Ipoh, Perak, hari ini.

Yong berkata, jika mereka tidak menyokong kerajaan baru, banyak projek di kawasan mereka akan dibatalkan.

"Di Tronoh, ada universiti dan juga pelabur yang masuk. Jika kita kembali sebagai pembangkang, ini semua akan digantung.

"Rakyat letakkan harapan tinggi terhadap parti politik. Mereka tidak patut menanggung akibat kerana permainan politik," katanya dalam sidang media itu.

Dengan pengisytiharan sokongan oleh tiga adun itu, PN kini memiliki 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala PH memiliki 24 kerusi.

MR :  Selepas ini bolehlah ahli-ahli Amanah isi borang balik semula kepada PAS


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Hai YB Paul Yong,nk selamatkan diri nampak,keluar DAP.mahkamah tetap jalan.

    BalasPadam
  2. Padan muka pandap. Kesombongan pandap telah dibalas dengan penghinaan. Padan muka.

    Tepuk ....

    BalasPadam