Header Ads

ads header

Flash News

Mesyuarat Khas AJK Pas Pusat Pasca Perdana Menteri Ke-8 Mengangkat Sumpah


Alhamdulillah. Hari ini berlangsung Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Perdana Menteri Malaysia Ke-8 YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan. Mesyuarat bersejarah ini juga setelah PAS menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan Malaysia semula (kali terakhir PAS menjadi Kerajaan Pusat pada tahun 1974). Sebelum itu telah berlangsung Mesyuarat Khas Majlis Syura ‘Ulamak (MSU) di tempat yang sama iaitu di Pejabat Agung PAS, Jln Raja Laut, Kuala Lumpur.

Mesyuarat berlangsung dengan penuh ceria dan terasa ukhuwahnya sepertimana biasa. Menariknya hari ini terlalu ramai wartawan yang hadir untuk Sidang Media pasca-mesyuarat dan dikatakan ada juga siaran langsung di televisyen.

Saya dan YB Dr. Azman Ibrahim tidak dapat mengikuti Sidang Media kerana kami sudah dalam perjalanan ke KLIA untuk penerbangan masing-masing pulang ke Miri dan Kuala Terengganu. Boleh ikuti di pautan berikut:

—————————————————
SIDANG MEDIA KHAS PRESIDEN PAS

Tarikh: 1 Mac 2020 (Hari ini)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut

https://www.facebook.com/abdulhadiawang/videos/489661808375375/
—————————————————

Mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh sendiri oleh Ayah Chik Presiden Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini membincanglan isu politik semasa. membuat keputusan dan ketetapan, merancang tindakan ke depan dan lain-lain.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud: "Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka." (Surah asy-Syura, ayat 38).

Saya seronok berada dalam Mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat. Tiada kepentingan peribadi, hanya usaha menuju redha Ilahi. Jika di dalam mesyuarat syarikat, perbincangan kita ialah bagaimana hendak menambahkan keuntungan syarikat. Dalam Mesyuarat PAS ialah bagaimana segala keputusan, aktiviti dan tindakan kita akan menambahkan keuntungan kepada agenda Islam!

Segala keputusan yang diambil asasnya ialah bagaimana dasar dan syariat mampu diangkat dan akhirnya menang menurut neraca Al-Qur'an dan Sunnah serta Islam memerintah dan tidak diperintah-perintah. Yang menjadi perhitungan ialah bagaimana aktiviti dunia akan membawa laba di Akhirat.

Kesimpulannya, mesyuarat hari ini dan mesyuarat-mesyuarat jamaah ialah mesyuarat untuk mencemerlangkan Islam! Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mempermudahkan segala urusan jamaah tercinta ini. Allahumma Aamiin.

Atas segalanya, siiru ‘ala barakatillah! 👍💚🇲🇾

Lebai Engineer;
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,

AJK Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.


MR :  Takbir...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan