Header Ads

ads header

Flash News

G Saminathan bakal keluar dari parti DAP?


Terdapat maklumat daripada sumber yang rapat mengatakan Adun Gadek G Saminathan akan menyokong kepimpinan PN di Melaka. Tapi khabar ini dinafikan oleh isteri G Saminathan. Kenapa G Saminathan tak nafi...

---
Isteri Adun Gadek nafi suami bakal lompat parti

Desas-desus bahawa Adun Gadek G Saminathan bakal keluar dari parti DAP dan menyertai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Negeri Melaka dinafikan oleh isterinya.

“Minta jasa baik wartawan jangan sebarkan berita palsu.

“Sebagai isteri, saya lebih mengenali diri dia, walau keadaan apa pun dia tetap dengan pendiriannya,” kata V Umah Devi dalam kiriman Facebook hari ini.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Saminathan untuk mendapatkan penjelasan.

Untuk rekod, portal The Star melaporkan bahawa terdapat dakwaan bahawa Adun Gadek itu bersedia untuk menyertai PN.

Laporan itu memetik sumber seorang Adun DAP Melaka bahawa Saminathan bertindak keluar dari semua kumpulan WhatsApp berkait dengan Pakatan Harapan (PH) negeri Melaka semalam (12 Mac).

Untuk rekod, Saminathan juga merupakan salah seorang daripada 12 tahanan yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebelum dibebaskan bulan lepas.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali hari ini mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Melaka dibarisi 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong gabungan Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan negeri.

Ini berikutan tindakan seorang Adun DAP dan seorang lagi dari PKR bertindak keluar dari parti masing-masing dan memberi sokongan kepada PN.


MR :  Tiada angin, pokok tak kan bergoyang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan