Header Ads

ads header

Flash News

Akhir Mahathir disingkir: Dr Mahathir Bukan Lagi Anggota Pakatan Harapan


PETALING JAYA:
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi Pengerusi atau sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berakta, PH ketika ini hanya dianggotai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan hanya wakil daripada tiga parti itu yang hadir pada mesyuarat PH pagi tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak sebarang kerjasama dan perbincangan dengan Dr Mahathir atau mana-mana individu dan kumpulan yang mahu bergerak bersama PH.

“Sekarang ini dan setakat hari ini, beliau (Dr Mahathir) bukan anggota PH. Namun, kita terbuka untuk berbincang.

“Beliau (Dr Mahathir) ada menjemput beberapa pemimpin PH untuk bertemu hari ini, namun saya tidak dapat hadir kerana ada sesi sidang media ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Sumber: BH Online


MR :  Sampah telah dibuang...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan