Header Ads

ads header

Flash News

Dr M pelik PAS Kedah masih sokong Bersatu sebagai kerajaan negeri -- Ini Jawapannya


Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa pelik apabila PAS masih menyokong kerajaan negeri yang diterajui Bersatu di Kedah.

Bekas perdana menteri itu berkata, PAS boleh menjadi kerajaan negeri tetapi masih memberi sokongan kepada pemimpin Bersatu.

"Di Kedah, (kerajaan negeri) masih kekal Bersatu, tapi yang pelik adalah PAS. Dia boleh jadi kerajaan (negeri), tapi setakat ini masih lagi beri sokongan kepada pemimpin daripada Bersatu.

Gelak aku, bila Mahathir yang bijak politik tak boleh baca politik PAS.

Ok. Kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) agak goyah kerana mendapat majoriti yang sangat tipis 114 sahaja dan mungkin meningkat kepada 116 atau 117 setelah kabinet stabil. Bila-bila masa kerajaan ini boleh runtuh jika sokongan MP ini dibeli oleh PH dan Mahathir.

Parti utama (walaupun sedikit) adalah BERSATU dibawah pimpinan Muhyiddin. Parti bersatu masih dalam keadaan kelam kabut kerana Mahathir bawa lari 6 orang yang sebelum ini 3 telah memberikan sokongan kepada PN semasa berjumpa Agong.

Majlis Sekretariat PN belum dapat ditubuhkan kerana BERSATU tiada SU untuk diwakili kerana masih bergelora.

Kedudukan ini sangat membahayakan PN.

PAS mengambil pendekatan untuk menawarkan MB kekal daripada BERSATU iaitu Mukhriz anak Mahathir bagi tujuan 'membeli hati' Mahathir untuk mendamaikan parti BERSATU dengan erti kata lain bila BERSATU berdamai kerajaan PN akan selamat. Jika Mahathir boleh ditarik kembali kepada bersatu, bersatu kukuh dengan sendiri PN akan kukuh dan ancaman PH dan Anwar boleh diatasi dengan mudah.

Bukan itu sahaja, PN mudah nak lawan serangan Anwar dan PH yang buat jelajah seleuruh negara. Muhyiddin goyang kaki hantar Mahthir tangkis serangan Anwar dan PH. Mahathir kata "Anwar giler-giler nak jadi PM" terus geng PH mati kutu...

Kan Bijak politik PAS.

PAS tahu Mahathir begaduh dengan Najib pun kerana Najib tak tolong sokong Mukhriz semasa perebutan dalam UMNO. Mahathir akan mengalah demi anaknya. Tak begitu?

Tapi jika Mahathir degil dan keras kepala, PAS akan 'sembelih' anak kesayangan Mahathir nanti.. Sudahlah Ayah hilang jawatan PM nanti anak hilang jawatan MB.

Jangan fikir bila ramai pemimpin PAS yang khianat keluar tubuh AMANAH, PAS menjadi makin lemah. Sebenarnya ramai orang hebat dalam PAS yang tak suka berebut jawatan ada dalam PAS. Apabila pimimpin khianat keluar mereka sedia terima jawatan dan membantu PAS mengatur langkah menjadikan PAS lebih baik daripada dulu.

Ku Mansor
Perak



MR :  Politik pak lebai yang berkain pelikat... menjinak singa.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Itulah hasilnya POLITIK MATANG dan SEJAHTERA...

    BalasPadam
  2. Pas kan dah jadi kerajaan kenapa harapkan orang lain? Ambil tanggungjawablah sikit.

    BalasPadam
  3. kita hanya pintar merancang, tapi Allah berkuasa menentukannya, jgn sesiapa yang cuba tunjuk hebat dengan kepintaran merancang,,Allah yang tetap berhak menentukannya,,Tahniah lh, jemaah Kabinet bersih dari gerombolan penyamun dan perasuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knp x pasrah dgn kuasa Allah...Allah x bersekutu dgn grombolan penyamun n perasuah...

      Padam
  4. Cerita dongeng ku mansor,tak masuk akal lgsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tak ada akal unknown 8.44 ptg

      Padam
  5. Aku ahli PAS, x prnh pgkah lain slain PAS. Cuma ada hal PAS telah lari dari ajaran Islam. Kes tanjung piai, kes mercedes s class dll hnya skdr cth.

    BalasPadam
  6. KITA TENGOK PRESTASI KERJA DAN PENGALAMAN ..JIKA AMBIL SESEORANG TANPA PENGALAMAN TIADA GUNA ...

    BalasPadam
  7. Tunggu lah aje giliran masanya pulak tun kena belit, kencing dn games busuk spt mana yg pernah di lakukan kepada rakan/sahabat2/sekutu dn juga seteru dlam dinia politikus tun dlu hingga dipinjamkn usia sehibgga skrg ni...

    BalasPadam