Header Ads

ads header

Flash News

PPBM, Umno dan PAS akan tubuh kerajaan baharu di Perak


PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mengumumkan PPBM, Umno dan PAS bersetuju menubuhkan kerajaan baru di negeri itu.

Katanya, beliau kekal sebagai menteri besar buat masa ini. Tunggu perkembangan lanjut setelah perkara ini dirujuk kepada Sultan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata PN akan memohon perkenan untuk mengadap Sultan Perak bagi memaklumkan perkara itu.

"Saya dengan ini ingin memaklumkan kepimpinan Bersatu, Umno dan PAS Perak telah mencapai persetujuan untuk bentuk gabungan baru.

"Gabungan ini melibatkan empat Adun daripada Bersatu iaitu saya sebagai Adun Chenderiang dan Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi serta dua lagi Adun yang telah menyertai Bersatu iaitu Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

"Gabungan ini turut melibatkan kesemua 25 Adun daripada Umno dan tiga Adun daripada PAS.

Dengan gabungan ketiga-tiga parti ini, maka PN negeri Perak dapat menubuhkan Kerajaan negeri Perak yang baru, dengan jumlah majoriti 32 Ahli Dewan Negeri," katanya dalam satu sidang media khas, di Ipoh, hari ini.




MR :  Satu persatu kerajaan negeri PH akan tumbang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan