Header Ads

ads header

Flash News

Pengerusi Bersatu Selangor sahkan Adun ditangkap


Pengerusi Bersatu Selangor hari ini mengesahkan ada seorang Adun mereka ditahan polis seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Menurut Abdul Rashid Asari beliau mendapat maklumat mengenai penahanan Adun terbabit selepas menghubungi Kementerian Dalam Negeri.

Kata Abdul Rashid, Adun terbabit ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Bagaimanapun beliau yang juga exco kanan Selangor enggan memberikan ulasan lanjut kerana kes berkenaan sedang dalam siasatan.
Iklan

“Kami sedang menunggu apa hasil siasatan kes ini.

"Saya juga sudah berbincang dengan presiden parti (Muhyiddin Yassin) dan kami perlu menunggu hasil siasatan polis," katanya seperti dipetik BH Online.

Sejak pagi tadi tular beberapa maklumat mengenai penahanan sekumpulan individu oleh polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Seorang daripada mereka ialah Adun Bersatu yang mewakili kawasan Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

Bagaimanapun Adhif Syan menafikan dakwaan beliau ditangkap dan disahkan positif dadah dalam serbuan di Damansara, awal pagi tadi, sebaliknya mendakwa beliau berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, sejak malam semalam.

“Saya elok saja di rumah. Masa, tarikh, lokasi, (dakwaan ditangkap) entah manalah mereka kutip,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketua Pemuda Bersatu Selangor itu juga mendakwa akan membuat laporan polis mengenainya.

Abdul Rashid berkata beliau tidak tahu apa hasil siasatan polis nanti namun menjanjikan tindakan jika wujud sebarang kesalahan ke atas Adhif Syan.

"Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Saya juga tidak tahu sama ada beliau kini berada di rumah atau di balai polis,” katanya yang ditemui di Shah Alam.

Kami sedang cuba mendapatkan pengesahan mengenai individu yang ditahan itu dengan polis.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan