Header Ads

ads header

Flash News

Meniti jambatan besi ke sekolah, warga maya cari siapa wakil rakyat


KUALA LUMPUR, 12 Jan — Di kala menteri berhasrat menukar kereta rasmi baru, berselisih isu tanglung dan jawi, dana RM1 juta untuk binaan tempat merokok, masih ada rakyat hidup dalam kedaifan.

Cakap kerajaan atau pemimpin berdegar-degar mahu membangunkn negara, namun ada ibu bapa mempertaruh nyawa dan keselamatan anak demi memberi pendidikan kepada mereka.

Biarpun meniti jambatan besi usang, di bawahnya arus sungai yang deras dan dalam, semuanya alah bisa tegal biasa. Apakah ada yang mempeduli nasib mereka, di kawasan terpencil di Kota Marudu, Sabah.

Beberapa foto tular di Twitter bagaimana ibu bapa di Kampung Muhang, mendukung anak-anak sambil meniti jambatan besi, menghantar mereka ke sekolah, tanpa mempeduli bahaya.

Untuk rekod anggota Parlimen Kota Marudu adalah Datuk Seri Maximus Ongkili. Gambar yang dimuatkan kelmarin, kini mencecah hampir 10,000 kali diulang siar.

Tidak pasti kampung disediakan kemudahan jambatan atau kedudukannya jauh dari tempat tinggal mereka, namun gambar berkenaan mencetus marah berbaur kecewa dengan situasi itu.

“Inilah ‘jambatan’ yang digunakan murid-murid untuk ke sekolah. Lokasi Kampung Muhang, Kota Merudu. Siapa MP Merudu, duduk di KL ke tahu penderitaan rakyat di kawasannya,” kata Raja Mohd Shahrim.

Keadaan itu menjadikan warga maya kecewa sambil mempersoal tanggungjawab wakil rakyat mahupun kerajaan sama ada mereka turun ke kawasan menyelami kesusahan rakyat.

“Mana pihak bertanggungjawab? Ini soal keselamatan. Bukan lagi soal, ‘alah susah sikit nak merungut’. Kalau jadi apa-apa, sudah keluar berita baru menggelabah bermuka-muka,” kata Hishyam Yahya.

“Macam mana menteri boleh tido lena bila ada rakyat yang hidup teruk sangat macam ni? Saya betul-betul nak tahu sangat-sangat,” kata pemegang Twitter ‘Avra Kadabra’ pula.

“Gaji berpuluh ribu, siap gedik nak kereta baru, semua daripada duit rakyat, akhirnya rakyat yang betul-betul perlukan bantuan tak dapat,” katanya lagi.

Rungutan Avra Kadabra dipersetujui pengunjung Amirla, yang mempersoal kehidupan menteri yang rileks sambil menikmati gaji yang banyak tanpa mempeduli rakyat marhean.

“Ceyyy sembang kencangkan bila orang suruh jadi menteri tak mahu pula,” katanya.

“Teruk macam ini pun diorang masih datang sekolah, ni budak yang boleh pergi sekolah dengan selesa nak datang pun tak nak,” celah Athirvh pula.

Justeru warga maya berharap pemimpin, anggota parlimen dan pihak kerajaan wajib mengambil tindakan susulan dengan segera bagi mereka yang memerlukan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan