Header Ads

ads header

Flash News

Jual anak syarikat TH Plantations, Pemuda Umno lapor polis, SPRM


KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mempersoalkan penjualan 2 anak syarikat TH Plantations (THP) kepada syarikat persendirian yang berpangkalan di Lahad Datu baru-baru ini.

Mereka mendakwa 2 anak syarikat itu dijual pada harga rugi.

Pada satu sidang media di PWTC hari ini, ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam dan mengawal selia dana haji, Tabung Haji, supaya menjelaskan perkara itu.

Beliau juga berkata, Mujahid perlu menjelaskan pendiriannya berkaitan keperluan melindungi kepentingan pendeposit Tabung Haji.

THP menjual anak syarikatnya Bumi Suria Ventures (BMV) Sdn Bhd dan Maju Warisanmas (MW) Sdn Bhd kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd pada jumlah harga RM170 juta.

Ia berkata, harga itu didasarkan kepada penilaian semula pasaran berasaskan kawasan tanah estet terbabit yang boleh ditanam.

Asyraf berkata, 2 estet itu dibeli pada harga tinggi RM264.2 uta pada 2013.

Dilaporkan penjualan itu adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi syarikat tersebut berikutan masalah kewangan dan pembayaran balik hutang.

Asyraf berkata, estet BMV dan MV mempunyai jumlah nilai buku mencecah RM380 juta pada 2017, sementara harga penilaian semula RM170 juta bermakna THP mengalami kerugian RM210 juta.

Beliau juga menyoal kenapakah THP menjual anak syarikatnya kepada syarikat persendirian, bukannya kepada syarikat perladangan seperti TDM Bhd, FGV Holdings Berhad atau Sime Darby Plantation.

Asyraf berkata, Pemuda Umno akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pebcegahan rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat eksesais penilaian semula harga pasaran dan proses jualan tanah berkenaan kepada Tamaco.

Katanya, kerajaan, melalui Kementerian Kewangan dan Tabung Haji sepatutnya membantu THP jika ia berdepan masalah.

The Edge melaporkan pada Dis bahawa THP berbincang untuk menjual beberapa asetnya di Sarawak.

Asyraf berkata, rancangan penjualan berkenaan melibatkan 14 anak syarikat atau 76% daripada tanah ladang milik THP di seluruh negara.

Beliau menggesa THP supaya menangguhkan penjualan baki anak syarikatnya, dengan berkata, Pemuda Umno akan memfailkan injunksi bagi pihak pendeposit TH.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan