Header Ads

ads header

Flash News

Dr M sudah tetapkan garis masa peralihan kuasa - Guan Eng


Dr Mahathir Mohamad telah menetapkan tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Menjawab soalan pemberita ketika sidang akhbar di Putrajaya malam ini, beliau berkata majlis presiden PH akan membuat keputusan dan mengumumkan tarikh penyerahan kuasa pada masa yang "sesuai".

"Perdana Menteri telah menetapkan garis masa. Semestinya, majlis presiden PH akan bermesyuarat.

"Saya pasti tarikh akan ditetapkan dan ia akan diumumkan pada masa yang sesuai," katanya.

Majlis presiden PH terdiri daripada pemimpin tertinggi dari Bersatu, PKR, DAP dan Amanah.

Walaupun Dr Mahathir sebelum ini berulang kali memberi jaminan akan menyerahkan kuasa kepada Anwar seperti dipersetujui PH sebelum PRU ke-14, isu berkenaan terus dispekulasikan.

Antara lain adalah kerana tiada tarikh tertentu ditetapkan untuk peralihan kuasa itu berlangsung.

Mahathir sebelum ini berkata beliau bersedia melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya majlis presiden PH berkehendak demikian.

Dalam wawancaranya bersama Reuters bulan lalu, Mahathir berkata beliau akan terus memegang jawatan perdana menteri sehingga Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Nov tahun ini.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PKR mencadangkan agar peralihan kuasa dibuat pada Mei tahun ini bagi memberi lebih banyak masa kepada Anwar untuk melaksanakan pembaharuan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Lim, yang juga menteri kewangan, bercakap kepada media hari ini selepas melawat gerai vendor e-Tunai iaitu Touch 'n Go, GrabPay dan Boost di pasaraya Tesco di IOI City Mall.

Kempen e-Tunai kerajaan membolehkan rakyat Malaysia yang layak untuk menuntut RM30 melalui vendor e-wallet dari 15 Jan hingga 10 Mac.

Turut hadir pada program itu ialah Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin dan suaminya, Lee Yeow Seng yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif IOI Properties Group Bhd.

MR :  Boleh caya ke cakap LGE?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: