Header Ads

ads header

Flash News

Tiada lagi pengiring polis trafik buat Najib


Pihak polis tidak akan lagi memberi perkhidmatan pengiring trafik bermotosikal kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Ini menurut surat dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pegawai khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.

Surat itu dikatakan dikeluarkan oleh jabatan siasatan dan penguatkuasaan trafik, Bukit Aman serta dikongsi di media sosial oleh bekas pegawai Najib, Isham Jalil.

Isham menulis di laman Facebook bahawa perintah itu berkuat kuasa dengan serta-merta dan tiada sebab atau alasan yang diberikan oleh kerajaan.
Iklan

“Saya telah dimaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengeluarkan notis 24 jam untuk membatalkan perkhidmatan polis pengiring trafik untuk Najib Razak...

“Sekiranya anda penyokong Najib, mohon berilah laluan kepada kenderaannya untuk memudahkan urusan dan perjalanan beliau dalam berkhidmat untuk rakyat dan berkempen untuk BN untuk menyemak-imbang kerajaan,” tulisnya.

Pada Mei tahun lalu, anggota keselamatan Najib - kebanyakan mereka anggota polis - telah ditarik balik. Bekas perdana menteri lazimnya dibekalkan dengan perkhidmatan pengiring polis dan pengawal keselamatan.

Pada tahun 2016, Mahathir, yang ketika itu berkempen menentang Najib, juga menyaksikan hak istimewa yang diberikan kepadanya ditarik balik.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: