Header II

Header ADS

Video MB Perak kata berseorangan lawan DAP muncul


Satu klip video yang menunjukkan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengeluh berkenaan perlu bergelut seorang diri untuk melindungi kepentingan Melayu, tersebar di media sosial.

"Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini.

"Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita," katanya kepada sekumpulan orang dalam satu pertemuan tidak rasmi.

"Saya buat itu perlahan-lahan. Tapi, Alhamdulilah... kat sana (Perak) kawan-kawan Umno saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan Umno baik dengan saya," katanya lagi.

Berdasarkan video itu, calon PH PRK Tanjung Piai Karmaine Sardini turut ada dalam pertemuan itu.

Bagaimanapun laman FMT melaporkan Faizal sebagai berkata video itu diambil di luar konteks selain tidak merekodkan ucapan beliau secara sepenuhnya.

"Saya telah mengatakan bahawa saya telah melalui banyak perkara di Perak dan terdapat pemimpin DAP cuba memburuk-burukkan saya.

"Apa yang penting ialah kita semua bekerjasama rapat,” katanya seperti dipetik.


 Berikut transkrip penuh rakaman video tersebut:

Lelaki baju biru:
Waalaikumusalam. Hari ini cerita mana-mana pun kawasan Datuk pun sama sajalah.


Suara tak dikenali:
Kawasan saya Alhamdulillah. Bagus. Banyak cover apa ni.


Lelaki baju biru:
Ha YB macam mana ni YB? Orang seribu kami seribu kami tak cukup makan. Macam mana orang kampung seribu orang lain tak boleh banyak dapat? Hidup hari ini makan apa seribu? Duduk warung pagi petang pun dekat RM20. Belum makan kat rumah bil air belum bayar.


Lelaki baju gelap:
Kau cerita apa, non? Kau cerita apa?



Lelaki baju biru:
Cerita inilah.


Lelaki baju gelap:
Orang kampung mana reti makan KFC, mana reti makan burger. Kita makan sayur je

(Perbualan tidak jelas)

Lelaki baju biru:
Tahu. Memang orang baik. Sekarang ni Pakatan Harapan duduk dekat Kuala Lumpur tak baik (tidak jelas).


Kalau di Kuala Lumpur orang (tidak jelas) pun sokong Pakatan Harapan. Inilah masa nak luah, takkan nak cakap dengan dia, dia ni je.


Kami tak buang pun orang Melayu dengan orang Melayu ini. Tak buang.


Faizal Azumu:
Kita cerita seronok seronok lah pula.


Lelaki baju biru:
Tapi inilah natijahnya orang datang untuk kempen pilihanraya.


Faizal Azumu:
Esok kahwin nanti kita jadi besan nanti. (tidak jelas) kita cerita seronok-seronok. Saya datang nak tengok, dapat angin Pontian ini seronok je kan.


Individu tak dikenali:
Kalau tuan pergi memancing,

Jangan lupa bawa umpan,
Kalau taknak kena kencing,
Jangan pilih Pakatan Harapan.
(Ketawa)

Lelaki baru biru:
Tapi kami memang tak memilih PH undi 14 itu, kami tak rasa kami kena kencing.


Lelaki tak dikenali:
Tapi bukan apa setahun lebih tu ada yang lebih...kalau tidak baik yang dulu kita taknak turun-turun. Kita nak maintain (tak jelas) sikit. Ini dulu tak bagus, (sekarang) makin tak bagus jadinya.


Faizal Azumu:
Macam saya kan, macam saya kat Perak kan, saya sorang terkontang-kanting nak berlawan dengan puak-puak DAP ini.


Saya nak pertahankan tanah orang Melayu...Saya nak perjuangkan agama kita. Saya buat saja tu perlahan-lahan tapi Alhamdulillah kat sana kawan-kawan Umno saya tak adalah marah saya macam ni. Kawan-kawan Umno baik dengan saya.

Individu tak dikenali: Ini berdasarkan parti memang kena ada (tak jelas).

Faizal Azumu:
Tapi tak. Saya tak begitu. Saya kat sana kalau orang tu waima orang totok... Saya pun dulu darah Umno kan.


Lelaki baju biru:
Betul. Semua lahir daripada PPBM....semua orang Umno (tak jelas).


Faizal Azumu:
Jadi saya kalau tak kira siapa, saya tetap tolong orang itu bangsa kita, saya tetap, tapi itulah saya panggil kawan-kawan Umno jugalah.

Dia kata, nasib baik kau peja (kurang jelas). Orang kampung panggil saya (kurang jelas) kalau kena kat orang lain, ada lah tak payah sebut nama. Dia janji nak jadi YB.


Lelaki baju gelap:
Andai kata PH ni keluar daripada pakatan DAP, (kurang jelas) kita akan sama-sama. Ini satu cabaran sebenarnya.

(Perbualan kurang jelas)


Faizal Azumu:
Sebenarnya bang, kawan-kawan kita yang duk datang sini jugalah...Saya tak boleh nak cerita terus terang ada orang kat sini tapi apa namanya sebenarnya kita dah dekat, tak payah gaduh.



MR :  Ni makin nak terbelah...




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.