Header II

Header ADS

CAP Mahu Larangan Sepenuhnya Vape, E-Rokok


GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan melaksanakan larangan sepenuh bagi vape dan e-rokok di negara ini kerana ia juga dihisap oleh anak muda.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader hari ini berkata, satu kajian yang mereka jalani mendapati terdapat 1,000 pelajar di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini terlibat dalam tabiat ini dan ini membimbangkan.

“Kami mendapati bahawa anak muda berkenaan membentuk kumpulan antara enam hingga 10 lelaki dan perempuan, menamakan diri mereka mengikut jenama e-cecair itu (digunakan untuk vape dan e-rokok) dan mereka akan berkumpul di pusat membeli-belah berhampiran sekolah untuk mengutip wang mingguan bagi membeli e-cecair itu,” katanya pada persidangan akhbar di sini.

Beliau juga berkata, e-cecair itu yang paling murah berharga RM45 dan anak muda berkenaan sanggup membayar hingga melebihi RM100 bagi nilai e-cecair itu untuk mendapatkan jumlah yang lebih banyak, perisa yang unik atau mengeluarkan lebih asap.

“Mengikut perkembangan vape kebangsaan pada 2015, dipercayai terdapat 1 juta penghisap vape di Malaysia dan kira-kira 10 peratus adalah anak muda,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ini bukan masalah vape dan e-rokok semata-mata,tetapi merokok juga. Merokok 100 kali berbahaya berbanding vape dan e-rokok. Jadi kenapa hendak diharamkan vape dan e-rokok, sementara rokok dibiarkan begitu sahaja. Kesemua vape, e-rokok dan rokok biasa hendaklah diharamkan sepenuhnya di negara ini. kesemua itu tiada faedahnya kepada manusia.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.