Header Ads

ads header

Flash News

Anwar tidak diundang ke Kongres Maruah Melayu


SHAH ALAM: Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menerima undangan ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan di Shah Alam Ahad ini.

Meskipun begitu, presiden PKR itu berharap kongres yang membicarakan kepentingan orang Melayu itu nanti tidak memanaskan suhu politik atau membangkitkan ketegangan kaum.

“Kita harus waspada. Kalau tujuannya bawa kepada kebaikan, saya tidak ada apa halangannya,” katanya selepas dialog bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Kongres Maruah Melayu akan berlangsung di Stadium Malawati, dengan penampilan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu khas.

Pengerusi PPBM itu akan memberikan amanat pada penghujung acara.

PAS dan Umno juga mengesahkan mereka akan menghantar perwakilan kes kongres itu, yang diadakan selepas dua parti itu mengadakan Himpunan Penyatuan Ummah pada 13 hingga 14 Sept lalu.

Penganjur sebelum ini berkata kongres anjuran Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UiTM itu tidak melibatkan ahli politik, dan kehadiran mereka atas undangan.

Anwar disebut-sebut sebagai pilihan pertama Pakatan Harapan untuk menggantikan tempat Mahathir sebagai perdana menteri.

Ditanya mengenai penyertaan siswa dalam kongres itu, Anwar berkata apa yang perlu dilihat adalah hasil kongres itu nanti.

Beliau juga percaya amanat Mahathir nanti akan menyampaikan mesej yang menjaga semua rakyat.


MR :  Ada maruah Melayu lagi ke, pada diri Anwar?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan