Header Ads

ads header

Flash News

‘Cakap tak laku’, banduan akhir rakam video bersumpah tidak bunuh orang


KOTA BARU, 10 Sept — Seorang banduan dipercayai cuba menggunakan pengaruh media sosial supaya hukuman gantung terhadapnya dikaji semula.

Tular sejak semalam, lelaki yang didakwa dihukum penjara di Pengkalan Chepa sejak 2002 menyifatkan penularan rakaman tersebut sebagai cara terakhir.

“Sekarang saya dapat satu peluang ini saja (rakam video) kerana saya cakap sebelum ini tidak laku,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

“Saya tunggu hendak jalankan hukuman gantung. Sekarang empat orang termasuk saya tunggu hukuman gantung yang tidak tahu bila akan dijalankan,” katanya.

“Sumpah demi Allah saya dan tangan ini tidak bunuh tetapi saya pula kena tanggung,” katanya menerusi video empat minit. Individu berusia 3 tahun mendakwa ditangkap sejak berusia 19 tahun.

“Masa itu saya tidak tahu mana baik dan mana tidak baik, namun saya tidak bunuh. Masa kejadian memang saya ada (di lokasi).

Usaha akhbar berkenaan untuk mendapatkan reaksi Jabatan Penjara Kelantan tidak berhasil.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan